rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Sunday, February 20, 2011

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Setiap ibu bapa akan berasa gembira apabila mendengar suara anak mereka. Setiap kali tindak balas yang diberikan oleh anak pasti membuat ayah dan ibu tersenyum. Bagi ibu yang mengandung interaksi bersama anak dalam kandungan adalah yang terbaik kerana anak dalam kandungan akan memberi tindakbalas dengan setiap komunikasi yang di sampaikan oleh ibu. Ini bermakna anak-anak telah mula berkomunikasi dengan ibu bapa sejak di alam rahim lagi.

Oleh itu saya nak berkongsi dengan pembaca tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, ini penting bagi ibu bapa untuk memantau setiap pertuturan yang keluar dari mulut anak anda.

  1. Lahir sehingga 3 bulan
  • beralih ke arah suara anda dan bunyi yang dikenali
  • mula meniru beberapa jenis bunyi
2. 3 hingga 6 bulan
  • membebel dan meniru bunyi
  • melihat kearah anda apabila anda sedang bercakap
  • bayi yang tidak memberikan reaksi terhadap bunyi atau meniru bunyi bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran.
3. 6 hingga 9 bulan
  • mereka akan semakin kuat membebel
  • memberikan reaksi terhadap ayat pertama mereka
4. 9 hingga 12 bulan
  • perkataan seperti 'mama' akan memberilan lebih makna
  • cuba untuk meniru perkataan dan menggunakan gerak bahasa
5. 12 hingga 18 bulan
  • menghasilkan ayat pertama
  • memahami arahan asas
6. 18 hingga 24 bulan
  • perbendaharaan kata mereka telah berkembang
  • menghasilkan ayat dengan menggunakan dua patah perkataan
  • tahu mengikut arahan
semua informasi di atas adalah dari pembaca aku dalam majalah mami & baby...so kredit kepada majalah mami & baby...
aku hanya ingin berkongsi pengetahuan ngan pembaca semua...

baby aisyah pun dah pandai mengeluarkan bunyi2 yang pelbagai...

Thursday, February 3, 2011

sedar tak sedar

minggu depan aku da masuk keje da...
sedar tak sedar dah 3 bulan aku 'berpantang'...hihihih(pantang 44 hari jer)
sedey pun ada gak nak tinggalkan aisyah kat pengasuh die...
rasa mcm nak bawa g ofis jer....hehehhehe
alhamdulillah aisyah akhirnya dah nak balik guna puting botol...
tak tau la lepas nie die tolak balik...heheheh
alangkah bestnye kalu aku ni suri rumah....
boleh tgk anak membesar depan mata....

minggu depan aisyah dah 3 bulan
dah pandai banyak da...
bole guling2 kan badan, kalu ajar borak pun da bole...
tapi tak faham la bahasa diee...muahahaha
tapi aku ada la belajar serba sikit pasal DUNSTAN BABY LANGUAGE
aku bole faham la ckit2 apa yg bb aisyah nak...
nak nyusu ke rasa tak selesa ke...aku tau da...
en suami pun da bole belajar da...heheheh

minggu depan juga pada tarikh yang sama 9.Feb adalah besday aku...
wwaaahhh...dah masuk 26 umur aku...heheheheh
umur just number...
yang penting dalaman masih muda remaja muahahahah...

ok la di sini ada ckit video ecaahh yang cuumilll




ni video aku rakam masa die tdo...
die ada 1 habit...ngigau menyusu...aku tak tau la kalu bb lain pun ada mcm nie...hehhe
tapi so sweeettttttttttt.....






ni plak perbualan ecah ngan ayah die...
ntah apa yg d ckpnya tu...hehehhe


so enjoy this video....
nnt update lagi....


dada....