rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, July 29, 2011

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN

…Assalammualikum…

InsyaAllah hari isnin ni 1 Ogos 2011Bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma….

Sudahkah kita persiapkan diri kita dengan Ibadat Puasa ini???

InsyaAllah kita akan menjalani Rukun Islam ketiga ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan…amin

Mungkin ada diantara kita yang sudah mula berpuasa pada bulan Rejab…

Ya itulah sebaik-baiknya untuk melatih badan kita dapat bersedia dengan kedatangan Ramadhan…

Taklah badan kita terkejutkan….

Puasa tahun lepas aku berpuasa dalam keadaan mengandung….ingatkan nak puasa penuh

Tapi ada juga tertinggal 7 hari….

Dan pada tahun ini aku berpuasa sambil menyusukan anak….semoga Aku kuat untuk menghadapi saat itu…

Berpuasa sambil menyusukan anak ni adalah satu yang sangat mencabar…

Apa tidaknya lepas pam mesti rasa lapar….lepas menyusukan mesti lapar….HUHUHUHUHU

JADI APA YANG PERLU KITA SEBAGAI IBU MENYUSU LAKUKAN UNTUK KUAT MENGHADAPI SEMUA INI….

*******************************

Okey saya nak share sedikit tips berpuasa bagi ibu menyusukan dan mengandung…..

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan.

Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa,

air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing,

jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi.

Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi,

dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.

#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#

Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.

Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.

Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.

Terasa loya dan ingin muntah.

Rasa menggigil.

Berasa lemah dan sakit otot.

Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

PERGERAKAN ANAK TIDAK NORMAL

Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak.

Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

Banyakkan pengambilan cecair

Makan buah buahan,sup dan makanan yang berkuah yang mengadungi air

Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel

Mengambil Vit C

Berehat secukupnya

Mengambil minuman isotonic

Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,susu,oat dan sebagainya

JANGAN TERTINGGAL SAHUR. INGAT TU SANGAT PENTING SAHUR. LAGIPUN SAHUR ITU SUNAT

Banyakkan bertenang

Mengambil supplement yang boleh kekalkan tenaga

CUBA makan dan minum SEDIKIT SEDIKIT dan KERAP pada waktu malam

BANYAKKAN SESI MENYUSUAN (DF) DAN MENGEPAM PADA WAKTU MALAM & SAHUR

Bawa sebotol air semasa tarawih dan minum sikit sikit

Banyakkan berdoa dan BERFIKIRAN POSITIF

Walaubagaimanapun, seseorang inu yang menyusukan atau mengandung harus sedar dengan keistimewaan yang Allah swt berikan dalam menjalani ibadah puasa,

Yakni Rukhsa atau keringanan sekiranya menhgahadapi masalah.

Bukanlah sesuatu yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui,

Kerana ‘Hadiah’ dari-Nya sudah disediakan dan anak itu lebig diutamakan haknya.

Jangan berasa bimbang dan rasa bersalah bila terpaksa berbuka

(DENGAN SEBAB SEBAB TERTENTU DAN KUKUH BUKAN SENGAJA BERBUKA DENGAN MENJADIKAN ALASAN MENGADUNG & MENYUSUKAN)

Kerana kemuliaan seorang ibu yang diberikan oleh-Nya,

Hak anak lebih diutamakan.

Tidak ada faedahnya sekiranya ibu bertegas untuk berpuasa tetapi memudaratkan diri dan anak kehausan dan kelaparan.

Walaupun bagaimanapun, lakukan semuanya bagi mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia

<><><><><><><><><><><><><><><>

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT

&

Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma

Saya mohon ampun dan maaf kepada

Suami (azmanizam aziz)

Mama dan abah (JamilahAbd Majid & Zulma Jusoh)

Mak dan Abah mentua (Fatimah Sulong & Aziz Mat Dom)

Adik-adik ( Mimi Noorshila,mimi noorsharfella,mimi noornabila & mimi noorermizan)

saudara mara semua

sahabat andai semua

semoga kita dapat menjalani Ibadah Puasa ini dengan penuh kekuatan keimanan dan ketakwaan

amin…..


sumber google

Thursday, July 21, 2011

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA IBU-IBU MENYUSUKAN DAN MENGANDUNG

Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak.

 
 

Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan  jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid  di dalam susu ibu bertambah secara ketara  sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara  kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.

(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)

 
 

Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang mengandung.

 
 

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated ' dan 15-20% 'polyunsaturated'. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial  fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes,  bacteria seumpama Chlamydia
dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.

 Paras kandungan antimikrobial  fatty acids tersebut  mungkin serendah 3-4%  Namun apabila sesaorang ibu  yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

 Mutakhir ini kajian  telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala  kandungan capric acid  akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu  di beberapa negara,  paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6%  (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka  juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana 'saturated fat' yang merupakan 'medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam  dan  ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

 Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara  membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

 
 

KUALITI SUSU IBU DAN MCFA

 
 

Susu yang kaya dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat.  Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan bayi.  Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara alami pada air susu ibu.  Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit asli.  Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu.  Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan.  Walaupun  asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.

Kalau kandungan asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu.  Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik untuk bayi.  Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu.  Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri.  Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang.  Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga.  Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.

Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu.  Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang akan mudah  menyerap dan menggunakannya.  Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti giardia.

Penelitian pada binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam  kelangsungan hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar 68 peratus berbanding dengan 32 peratus.  Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.

Terakhir satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan  bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak.  Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya  dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.  MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.

 Lemak pada air susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik.  Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total.  Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus lemak susu.  Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total.  Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam bentuk MCFA.  Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang  tidak baik pada kesehatan anak.

Kalau air susu tidak mengandung  cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat  dan menjadi rentan terhadap penyakit menular.  Maka air susu ibu harus mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam.  Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan.  Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.

Asam lemak sebagai antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan.  Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam.  Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.  "Ini memberikan manfaat penting"; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition,  "Air susu telah  meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.  "Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar.  Persiapan ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan.  Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan susu.  Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan dalam produksi susu.  Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.

Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat.  Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimikrobial.


 

SUMBER INI AKU JUMPA DALAM ENCIK GOOGLE…

TERIMA KASIH..

SESIAPA YANG NAK ORDER BOLEH HUBUNGI SAYA

019-6163438 / put3_zeela@yahoo.com.my

BOLEHKAH IBU HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MAKAN VCO????

Minyak VCO Baik Untuk Ibu Hamil dan menyusui.


salam kawan-kawan...

ramai yang bertanya kepada saya boleh ke ibu yang mengandung dan menyusukan anak mengambil suplement minyak kelapa dara ni???? sudah tentu boleh...di sini saya nak share sedikit tentang hal ini.... jum baca...

pertumbuhan dan perkembangan bayi dan janin dipengaruhi saat berada dalam kandungan. Pada masa inilah pembentukan organ tubuh dimulai. Minyak VCO (minyak kelapa dara) ternyata memberikan kesan yang baik bagi ibu hamil dan janinnya

Bagaimana dengan ibu menyusui ? Penelitian yang dilakukan pada tahun 1998 oleh American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa air ibu menyusui yang mengkonsumsi minyak kelapa dan produk olahannya secara signifikan kandungan asam laurat dan asam kaprat dalam air susunya meningkat.
Komposisi yang unik pada air susu ibu adalah lemaknya, terutama asam laurat, dan asam kaprat sebagai antimicrobial. Asam lemak sebagai formula yang dapat melindungi dari virus, seperti herpes, HIV, protozoa (lamblia), dan bakteri (clamidya dan helicobacter)


Dalam minyak VCO terkandung MCFA (Medium Chain Fatty Acid), yang merupakan komponen asam lemak berantai sedang yang memiliki banyak fungsi. Beberapa fungsi MCFA antara lain :

  • memudahkan bayi menyerap nutrisi
  • memperbaiki penyerapan vitamin, mineral, dan protein yang bisa dilarutkan lemak
  • meningkatkan absorbsi kalsium yang penting bagi pertumbuhan bayi
  • melindungi bayi dari mikroorganisme berbahaya

Minyak VCO (minyak kelapa dara) akan meningkatkan MCFA pada ibu menyusui sampai tiga kali ganda. Pemberian makanan yang mengandung MCFA pada ibu menyusui akan menghasilkan air susu yang kaya akan MCFA.


Selain itu, minyak kelapa dara (VCO) juga bisa membantu dalam proses persalinan dan mampu memberi tenaga sehingga ibu mempunyai tenaga yang lebih besar.. Minyak kelapa murni (VCO) juga mampu mengembalikan kebugaran ibu secara cepat setelah persalinan.


sumber google

Friday, July 15, 2011

PERADUAN SUSU IBU

HENDAK MENGEMBARA KE GUNUNG DAIK

MAKANAN DI SIMPAN DIDALAM KAIN

SUSU IBU SUSU TERBAIK

TIADA TANDINGAN DENGAN YANG LAIN

Aku mulakan entri aku dengan pantun 4 kerat mengenai susu ibu…

Masa bujang dulu dan lepas mendirikan rumahtangga aku langsung tidak tahu tentang susu ibu…

Kemudian aku disahkan mengandung anak pertama….gembira yang teramat sangat….

Ketika aku mengandung, aku selalu disogokkan dengan susu formula atau susu tepung yang biasa dilihat diiklan di media massa

Sehingga ada pernah seseorang berkata kepada ku… “ nanti beli susu yang murah dulu, tengok baby boleh terima ke tak, kalau tak boleh baru beli yang mahal”

Dan suami ku jawap….”tak ape, kami guna susu percuma jer,


susukan anak dimana-mana sahaja

tak mahal dan tak murah” dia pun terdiam….kami senyum…. : )

Apa-apa pun aku sangat berterima kasih sangat dengan sahabat aku Fauziah kerana dialah yang member pengetahuan tentang susu ibu.

Mulai dari itu aku pun selalu mencari info-info mengenai susu ibu… info-info itu aku kongsikan dengan suami ku…

Aku bersyukur sangat kerana suami aku Azmanizam sangat memberi sokongan dalam memberi susu ibu kepada anak kami yang bakal lahir….

Segala persiapan untuk anak dan juga persedian pam susu,bekas menyimpan stok susu,kami sediakan….

Dari hari ke hari kami sentiasa menambahkan ilmu tentang susu ibu…

Membaca majalah, melayari internet, menonton televisyen, dan juga pergi ke kelas ibu ibu mengandung….

Tanggal 09 november 2010

Aku mula merasa sakit-sakit,masa itu aku masih di pejabat…

Pada sebelah petang aku telah turun darah…

Apa lagi dengan segera aku hubungi suami supaya ambil aku di pejabat….

Pukul 5.30 petang kami pun bergerak ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur…nasib baik jalan tak sesak.almaklumlah baru balik kerjakan.

Setelah lebih kurang 2 jam menjalani prosedur untuk dimasukkan ke wad…aku pun di suruh baring diatas katil sebab doctor dan jururawat nak cek keadaan baby dalam perutku

Cek punya cek, seluk punya seluk…aku dah buka 3 sentimeter…dan yang paling aku TIDAK SANGKA...ialah anak aku songsang….Hahahaha….

Rupa-rupanya baby duduk menegak dalam perut mummy die…heheheheh

Dan doktor sarankan aku untuk menjalani pembedahan….

Owwhh ok…aku kena operate…aku macam binggung sekejap sebab tak terlintas pun nak kena bedah….Rasa takut pun ada juga…macam-macam yang bermain difikiran….Pukul 8 lebih aku pun dibawa masuk kedalam dewan bedah….masa dalam bilik tu…aku sedar…dan badan aku dilalikan dengan jarum spinal ditulang belakang aku…

Dalam masa setengah jam aku dioperasikan dan Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak perempuan…

Sangat terharu masa itu…tatkala aku mendengar suara tangisan anakku….

Jururawat letakan baby dekat pipi ku…masa tulah aku menagis…sebab terharu sangat….

Setalah perut ku dijahit semula…aku pun dikeluarkan dari dewan

bedah….

Selepas setengah jam berehat…aku di bawa masuk ke dalam wad bersama bayi ku…

Alhamdulillah….aku dapat bagi kolostrum kepada anak aku…walaupun sikit aku suakan juga mulut bayi ku…

Aku tahu bayi tidak perlukan susu yang banyak sebab perut b

ayi kecil seperti kepala mancis….

Lepas bagi kolostrum bayi aku pun tido….alhamdulillah bayi aku tidak kuat menangis malam tu….

Pada keesokan paginya…bayi aku macam meragam sikit die menangis…aku bagilah sus badan aku ni…

Kebetulan masa tu waktu melawat…jadi aku sangaaattt berserabut…seorang suruh bagi susu tepung, sorang suruh bagi air masak…aduiiiiii

Pening kepala aku rasa nak menangis pun ada juga tapi aku kuatkan hati…aku tetap tak nak bagi….

Bayi menangis bukan sebab dia lapar jer...yerlah selama

9 bulan 9 hari dalam perut aku, tetiba duduk kat dunia luar yang panas yang bising….sebab tulah baby menangis….

orang sekeliling asyik cakap susu aku tak ada...jadi kena campur dengan susu formula.memang la mana ada susu masa mula bersalin. paling awalpun ada masa 2 3 hari selepas itu.aku kuatkan jer hati dan semangat, tak nak bagi anak aku minum susu formula dan air tetapi anak aku terminum juga air masak 2 3 sudu...ohhh...tak tau nak cakap apa, masa tu....

selepas 3 hari menginap di wad bersalin, aku dan anak ku dibenarkan balik, bekas jahitan semua ok,anak aku pun sihat,jadi boleh la kami keluar awal.

ketika aku dalam pantang dirumah, aku mengalami batuk-batuk, memang sakit bila batuk. perut aku seolah olah tertarik dan jahitan tu terasa macam nak terbuka kalau aku batuk.sakitnya Tuhan saja yang tahu. dalam masa yang sama payudara aku juga membengkak. memang aku sangat tertekan pada masa itu, aku

hanya menangis, menangis dan menangis...mujurlah ada emak disisi...emaklah yang banyak menolong aku...

emak menyuruh aku menuamkan payudara aku dengan air suam.sambil-sambil itu aku pam susu.beberapa kali tuam dan pam barulah aku merasa sedikit lega.kalau tak macam nak demam rasa.susu yang aku pam aku simpan dalam peti sebab anak aku sudah tidur. selama seminggu aku batuk dan dalam masa itu juga aku merasa sangat sakit di bahagian jahitan.setiap kali batuk aku akan alaskan perut aku dengan bantal.ketika menyusukan anak pula. aku banyak menyusukan anaksecara posisi baring. posisi ini aku akan menjadi lebih selesa dan anak aku sangat suka posisi ini. sementara bagi susu aku juga boleh berehat.sehingga sekarang aku lebih banyak menyusukan anak aku dengan posisi baring. ketikadalam pantang juga aku menjaga makan dan minum aku.semuanya diuruskan oleh emak.hari-hari aku makan ikan haruan yang dipelbagaikan cara masakanya dan minum pati gamat....rasanya sangat sedap...heheheheh...

alhamdulilah....aku selamat berpantang dirumah selama 2 bulan...dan aku masih menyusukan anak menggunakan susu badan ku...mula-mula memang agak sukar untuk menerangkan kepada orang sekeliling kenapa aku masih bertahan dengan susu badan.mujurlah dengan sedikit ilmu yang ada aku hingga kini berjaya memberikan anak ku penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan tanpa campuran apa-apa makanan selain susu ibu. memang penat dengan kerja lagi mengepam susu lagi, badan memang cepat penat,cepat lapar.tapi aku yakin semua penat lelah ini akan memberi makna dalam hidup aku dan suami.suami adalah orang yang paling banyak memberi sokongan dalam menjayakan misi aku untuk menyusukan anak kami selama 2 tahun. Perbelanjaan untuk memulakan semua ini memang banyak pada mulanya tetapi peralatan seperti pam susu, botol-botol penyimpanan susu, dan lain lain. Kemudian kita tak payah beli apa-apa lagi.jadi jimatlah duit kita.

InsyaAllah...bila di kurniakan anak yang seterusnya aku akanmemberi susu ibu kepada anak-anak ku kerana itu adalah hak mereka...yang baik itu datang dari Allah...yang buruk itu adalah kelemahan diri ini...

sekian...



aksi ini jangan ditiru....

Thursday, July 7, 2011

aisyah qaisara


lama nya tak up date blog nie...
minggu ni aisyah dah nak masuk 8 bulan...
macam tak percaya jer aisyah dah 8 bulan...
dan gambar di atas orang tua tua cakap
nak dapat adik...
tapi mummy belum sedia lagi yer ecah...
sabar yer...tak lama mummy bagi adik....
tapi bukan tahun ni...heheheheh
ada rezeki tak kisah pun...
sekarang nie aisyah dah pandai mcm2..
dia pandai melangkah setapak setapak...
tak lama lagi bertapak tapak laaa
penat nak kejar nanti...
tapi biasa lah tu anak nak membesarkan....
dah pandai menjerit jerit
dia rasa suara dia best kot...
hahahahahh

ok la jum kita layan gambar gambar kat bawah nie....

ni gambar-gambar kami g jalan-jalan

Posted by Picasa