rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, April 26, 2012

Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung...

Assalammualikum dan salam 1 Malaysia

ketika dalam keadaan mengandung ni kan sentiasa berfikir apa amalan yang harus dilakukan agar masa memgandung ni kita menjadi lebih tenang, gembira , tidak memikirkan perkara yang bukan2...dan juga memikirkan keadaan anak yang perut yang semakin membesar....
Jadi saya nak share sikit dengan kawan-kawan sedikit info iaitu cara-cara mendidik anak semasa mengandung....
iya kadang-kadang kita sendiri leka dengan keadaan sekitar dan diri sendiri menjadikan kita alpa. Jadi mungkin dengan berkongsi sedikit ilmu ni akan memperingatkan kita....


Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung... :)

-jaga solat wajib dan banyakkan solat sunat
-banyak mengamalkan zikir
-banyakkan membaca al-Quran
-mendengar muzik yg tenang
-membaca buku2 ilmiah
-menjaga adab
-menjaga emosi dan elakkan stres( ini sangat penting...)
-lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman ringan
-memakan makanan yg baik dari segi lahiriah (berzat) dan batiniah (halal)
-elakkan sifat2 mazmumah
-sentiasa senyum dan banyakkan bersabar

mendidik anak bukan hanya bermula sejak dia dilahirkan tetapi sejak dia di dalam perut....



sumber : google

Wednesday, April 25, 2012

Apa itu Virgin Coconut Oil (VCO)?


VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Sebenarnya, minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kelebihan Catalyst VCO ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi.

”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation


Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil
VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL
DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK

VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan.

Cara Pengambilan Catalyst VCO:

Boleh digunakan dengan 2 cara :
Makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)

boleh juga dicampur dengan foundation sebagai makeup base :)

Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.
Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.

Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.
alhamdulillah sepanjang saya mengandung bila sapu minyak kelapa dara di perut dan paha tak ada strech mark....sangatt sukaaa....


credit to :
http://www.lovelyshafa.com
eazycatalyst

Monday, April 16, 2012

APAKAH SEBABNYA BAYI ANDA MENANGIS?

APAKAH SEBABNYA BAYI ANDA MENANGIS?
============================

Semua bayi akan menangis…Cuma bezanya pada masa. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis iaitu sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Ini disebabkan mereka tidak dapat membuat apa-apa untuk diri sendiri, dan mereka hanya bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, melegakan kepanasan dan memberi keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara mereka memberitahu salah satu daripada keperluan tersebut.

Bagi yang baru menjadi ibu & bapa, dah tentu ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi anda…Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Pada peringkat awal, tangisan bayi anda ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan setelah anda lebih mengenali cara tangisannya, anda akan dapat mendahului keperluannya.

So….Jom kita lihat apakah antara sebab bayi kita menangis…Jadi, bolehlah kita get ready apa yang perlu dibuat bila baby kita menangis kan.…

1- Saya Perlukan Makanan
*******************
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Jika bayi anda masih di bawah 6 bulan, susukanlah bayi anda sekerap yang mungkin…Dan jika, setelah diberi susu, bayi anda masih menangis, anda perlu lihat faktor yang seterusnya…

2- Saya Perlukan Keselesaan
********************
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal dan pedih. Jadi, periksalah lampin @ pampers bayi anda..Dan pastikan ianya tak terlalu ketat…Begitu juga dengan baju mereka yer…

3- Saya Perlu Nyaman dan Selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
************************************************
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

4- Saya Perlu Dipeluk
****************
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadikannya selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, dan dia masih menangis..maka sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia. Dan ingatlah..bayi anda akan berasa amat selesa bila dia berada dekat dengan bunyi degupan jantung anda..Kerana bunyi itulah yang menemani mereka sepanjang 9 bulan di dalam perut..

5- Saya Perlukan Rehat
******************
Perkara ini mungkin berlaku apabila anda telah dikunjungi oleh ramai rakan-rakan ataupun mungkin hari itu hari yang sibuk seperti hari raya ataupun majlis kenduri perkahwinan…Pada mulanya, munkin bayi anda gembira dengan keadaan yang baru untuk mereka..bertemu dengan ramai orang, mendengar pelbagai bunyi, melihat pelbagai suasana…Namun, setelah beberapa lama, bayi anda akan mula merasa gelisah..Ini kerana, bayi sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa contohnya cahaya lampu, bunyi bising dan di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain. Mungkin anda perasan yang bayi anda akan menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus akan tidur. Jadi…berikanlah rehat yang secukupnya kepada bayi anda…

6- Saya Perlukan Sesuatu Yang Buat Saya Rasa Lebih Sejahtera
**********************************************
Jika anda telah beri bayi anda makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, mungkin bayi anda sedang mengalami kesakitan..Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda dengan baik kecuali anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Bawalah bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan muntah-muntah, cirit-birit dan sembelit.



7- Saya Perlukan Sesuatu, Tapi Saya Tak Tahu Apa Yang Saya Nak
***********************************************
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalah bayi anda apabila dia menangis. Ramai bayi yang baru lahir melalui masa-masa dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Emosi yang tidak gembira boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa.. Tangisan yang tak berhenti-henti ada kalanya disebabkan oleh kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.


**Jadi...cuba kenali apakah sebabnya bayi anda menangis...**




Thursday, April 12, 2012

Testimoni Pengguna Catalyst

salam kawan-kawan

bagi sesiapa yang belum lagi pernah mencuba produk catalyst gambar-gambar yang saya peroleh dari eazycatalyst ini adalah bukti keberkesanan produk Catalyst...

jadi belum cuba belum tahu.....








PELANGGAN SANGAT BERPUAS HATI :)

Insyallah pengambilan VCO dan COLLAGEN secara konsisten akan membuat kan anda juga tersenyum melihat hasilnya.
 
sesiapa yang berminat boleh hubungi saya
 
mimi : 0133620036
kredit untuk eazycatalyst



Tuesday, April 10, 2012

HB semakin menurun

salam kawan-kawan

tadi pergi buat cek-up biasa kat kkia....sekarang dah 22 minggu...5 bulan lebih dah..kejap jer rasa...
alhamdulillah cek-up kali ni berjalan lancar tapi itulah yang tak bestnye HB jadi semakin menurun...dari 12.4 masa mula-mula cek-up sekarang dah 11.2 adoiiii risau nyaa hati...
dah makan vitamin iron tu tapi masih belum cukup untuk menampung kandungan HB dalam badan nie...jadi langkah selepas ni adalah kena jaga pemakanan betul..aku dah nekad dah nak makan



bilis


hati goreng kunyit



bayam

kerang

dengan sekerap yang mungkin...kalu boleh makan hari-hari...hahahahahah
jadi aku kena kuat semangat untuk makan semua jenis makan ni...walaupun sebenarnya aku tak suka makan.demi anak dalam perut.......



***gambar sumber en goggle

Friday, April 6, 2012

Petua 7 "P" dari--Ustazah Siti Norbahya


Salam Jumaat yang indah pembaca semua. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh dari ceramah yang saya hadiri hari tu anjuran sumber manusia KDN. saya suka sangat dengan majlis ilmu yang saya hadiri ini sebabnya banyak sangat ilmu yang bermanfaat yang saya peroleh. Disamping tu penceramah pada hari itu adalah pasangan suami isteri yang sangat romantik siapa lagi kalu bukan pengacara bagi rancangan Semanis Kurma Ustaz Wan Akashah dan ustazah Siti Norbahya. Yaa...memang mereka sangat romantikkk..sweeett sangat tengok mereka...
Dalam majlis ilmu tu mereka banyak memberi tips kepada peserta...antara tips yang menarik perhatian saya adalah tips dalam mengekalkan kebahagian,keharmonian dan kasih sayang dalam rumahtangga.

PETUA 7 "P"

1. PUJI

** Suami isteri kena saling puji memuji antara satu sama lain. Apa salahnyakan kita dan pasangan saling puji memuji..."sayang...awak nampak kacaklah hari ni...macam Brad Pitt gitu" bila dengar pujian ni mesti kembang kempis hidung suami kitakan...biar pun muka tak macam Brad Pitt kan....tapi apa salahnyakan....sedangkan Rasulullah sendiri pun memangil isterinya Ai'syah dengan gelaran Ya humairah...Si Merah Jambu...apatah lagi kitakan...
** Dengan anak-anak pun kita sebagai ibu bapa haruslah memberikan pujian yang baik-baik dengan anak-anak kita. janganlah menyebut perkataan yang tidak baik seperti degil,keras kepala,keras hati....bukan apa kata-kata ibu bapa ni doa....anak-anak akan rasa lebih dihargai bila di beri pujian...

2. PUJUK

biasanya kaum isteri ni lebih mudah merajuk...jadi bila ada rajuk mestilah ada pujuk... biasanya yang memujuknya adalah suami kitalah kan..suami anda macamana ada pujuk tak kalau anda merajuk....kepada suami-suami pujuklah isteri anda janganlah biarkan mereka merajuk berpanjangan...bolehlah bawa isteri pergi shopping-shopping tak kiralah windows shoping ke....biasalah isteri-isteri ni suka shoping...kalau saya merajuk apa suami saya buat...?? biarlah rahsia...hahhahaa...suami buanglah perasaan ego kalau isteri tengah merajuk...kesian isterikan....tapi macamana pula dengan isteri kalau suami anda merajuk apa nak buat...???? isteri pun samalah juga kikis perasaan ego tu pujuklah suami kita bila merajuk...tapi biasanya rajuk suami ni tak lama...

3.PEGANG @ SENTUHAN

Perbuatan suami-isteri yang mendapat pandangan rahmat dari ALLAH.Rasulullah s.a.w bersabda:'Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat.Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah-celah jari-jari mereka berdua

sentuhan amat penting dalam hubungan suami isteri oleh itu Ustaza Siti Norbahya ada berkongsi urutan cakar harimau dan labah-labah naik....

# urut dari tengkok dengan penuh kasih sayang

# picit bahu sampai ke lenggan

#kat tulang belikat tu, buat urutan jemput-jemput...bukan kuih jemput-jemput pisang ok...

#kemudian mula dari tengkuk sampai ke pinggang buat cakaran guna 10 jari ni...tapi lembut-lembutlah...jangan kasar-kasar macam harimau,walaupun namanya cakar harimau...

#kemudian tepuk-tepuk lembut sampai keluar angin,

#akhir sekali sebut perkataan I love u atau sayang abang...perkataan yang romantik2 gitu...kat telinga pasangan kita...

urutan ni boleh juga dipraktikkan untuk isteri....selamat mencuba....

4. PENGHARGAAN

siapa yang tak suka diberi penghargaan kan, budak-budak kecil pun kalau dapat hadiah kecil mana pun akan gembira apatah lagi kita yang dah dewasa ni kan...bagi pasangan suami isteri janganlah lupa untuk memberi hadiah kepada pasangan masing-masing...ini ada suami yang lupa tarikh lahir isteri, isteri lupa tarikh lahir suami...sedihnyaa...kita wajib ingat tarikh lahir pasangan kita dan anak-anak kita...dan yang paling penting jangan lupa tarikh ulang tahun perkahwinan kita...kalau boleh masa ulang tahun perkahwinan kita tu luangkan sedikit masa untuk meraikannya....hadiah kecil ke besar ke tak apa yang penting ikhlaskan...sekuntum bunga tu pun dah cukup buat hati kita berbunga-bunga satu taman.....

5. PERHATIAN

sekali sekala kita hendaklah bertanya keadaan pasangan kita...ok ke tidak, sihat ke tidak, dah makan ke belum....jangan bila pasangan kita tu tidur lama kita dah cakap pemalas ke ape ke...mana tau dia mungkin sakit ke demam ke....jadi kena beri perhatian kat pasangan kita....

anak-anak pun macam itulah juga...tanya apa masalah anak-anak kita di sekolah,masalah dengan kawan-kawan, jadi dengan itu mereka akan rasa diberi perhatian...anak-anak kalau kurang perhatian akan mencari perhatian di luar....disebabkan itu masalah gejala sosial semakin bertambah...

6. PERMOHONAN @ DOA

memohonlah dan berdoalah kepada Allah swt untuk mendapat rahmat dan keredhaanya dalam rumahtangga kita. Jika kita ingat dengan Allah insyaAllah Allah pun akan ingat dengan kita.

antara doa-doa yang ustazah Siti Norbahya kongsi ialah tasbih nabi Yunus, surah al anbiya ayat 84...dan surah Al-Hashr ayat 21...baca surah ni 21 kali kemudian di tiup ke air dan niat...bagi anak-anak tiup di ubun-ubun insyaAllah anak akan lembut hati...bagi pasangan kita hatinya menjadi lembut juga.

maksud surah Al-Hashr ayat 21...

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

7.PERCUTIAN

kalau ada masa terluang bawalah ahli keluarga pergi bercuti-cuti...tak keluar negara dalam Malaysia ni pun apa salahnya banyak tempat menarik..boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping merehatkan otak dari perkara-perkara rutin.

apa yang penting adala keluarga....bagaimana kita membentuk keluarga kita semua terpulang dan terletak di tangan kita...(peringatan untuk diri sendiri juga)....

di harap apa yang saya tulis ni dapatlah menambahkan ilmu pengetahuan kita...tak banyak sikit pun tak ape....yang kurang harap di maafkan dan itulah kekurangan saya....yang baik itu datang dari Allah swt....

terima kasih meluangkan masa untuk membaca entry kali ini...sekian....