rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, May 31, 2012

MINYAK KELAPA DARA & PREGNENT

salam semua

oklah...sekarang 31 May 2012
aku nak update blog...

kali ni aku nak update pasal VCO (Catalyst) atau pun minyak kelapa dara...
sepanjang aku mengandung ni aku memang gunakan minyak kelapa dara aku sapu kat muka, kat perut, kat paha dan kat rambut....
apa yang paling best bila aku dah sapu kat perut dan paha langsung tiada strechmark ( kandungan dah nak masuk 8 bulan)...bersih jerrr....memang aku suka la...masa anak 1st dulu aku tak kenal pun minyak kelapa dara nie....jadi preggy kali ni aku gunalah minyak kelapa dara ni...dan memang banyak perbezaan die..
lagi satu aku suka applykan minyak kelapa dara ni kat muka...sebelum g opis aku sapu minyak kelapa dara nie kat muka pas tu baru letak bedak compact...memang best kulit pun tak kering...pas tu tak ada yang putih-putih kat bawah mata tu maksudnya dah kuranglah...hahahahah...sbb masa awal mengandung nie banyak keluar pas tu aku tenyeh jer kat kulit alhamdulillah dah kurang....kulit pun jadi lembap...aku tak suka kulit kering...heheheh...
jadi siapa-siapa yang nak kulit dia gebu-gebu boleh lah try Minyak Kelapa Dara-Catalyst...memang berbaloi-baloi....

ini testimoni dari diri sendiri....

nak order boleh hubungi saya...

tq so much sebab sudi baca coleteh mak yong pada hari ini....


Monday, May 14, 2012

V-LOGGER...monday wordless

video
 hari ni tak banyak tulis...hanya dengar aisyah bercakap...jum dengar

Friday, May 11, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

JUST NAK SHARE APE YANG SAYA BACA HARI NI DENGAN KAWAN-KAWAN...SANGAT PENTING!!!!!

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


KREDIT: https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/398821230148428

testomoni pengguna selepas mengamalkan pengambilan VCO dan Collagen Catalyst

salam kawan-kawan saya nak share testimoni pengguna vco dan collagen catalyst...jum baca testimoni di bawah.....tq
Salam :) eazy nak share satu testimoni panjang yang diterima dari email

TERIMA KASIH Ana kerana sudi berkongsi pengalaman anda dengan eazy 
Salam eazy, saya start makan VCO masa cuti sem lepas, December 2011sampai sekarang May 2012. Dulu masa kat sabah kulit takde masalah. Bila dah sambung study kat ipoh ni kulit jadi sensitive and mungkin kat sini panas sangat kot. Masa bulan pertama and bulan kedua makan VCO ni memang jerawat naik teruk. 
Macam gambar di bawah ni. Ramai jugak tegur and cakap itu ini tapi saya buat bodoh saja. Sebab masalah kulit ni bukannya benda yang boleh settle seminggu dua. So saya still amalkan and tak pernah skip. Saya edit contrast supaya jerawat tu Nampak jelas. Masa bulan pertama tu saya sapu juga kat muka, jerawat mmg still naik tapi kulit jadi lembut. Tapi nak terus terang, saya tak selesa tdo dgn muka berminyak so bulan kedua saya start pakai skincare mcm biasa. Cetaphill cleanser, scrub, toner, serum, moisturizer and sunblock. So kira macam Vco ni supplement and skincare pun ttp amalkan. 
Bulan ketiga saya makan VCO + 2 kotak collagen sebab nak hilangkan parut bekas jerawat. Saya sangat puas hati sebab parut dah pudar walaupun not 100% hilang. Tapi mmg perubahan tu ketara sebab ramai kawan tegur and nak beli. Start tu lah saya jadi agen bawah eazy. Bulan keempat dan kelima saya makan VCO + 1 kotak collagen. Saya tak ambik dah collagen tiap hari saya ambik sepeket untuk dua hari. Sebab kulit dah ok kan. :D

 Zoom dekat2 mmg jerawat dah takde Nak kulit cantik kena ada rule.
 1. 3 bulan pertama amal vco saya tak sentuh makeup termasuk compact paling demand pun saya pakai eyeliner. 

2. Air kena minum byk2 (at least 3 liter sehari)

3. Jangan skip makan VCO dua biji sehari

4. Makan VCO pada waktu yang sama. CTH : harini makan jam 10PM esok kena makan jam 10 PM jugak.Tiap2 hari kena sama dan kosisten

5. Pakai sunblock kalau nak keluar rumah 

6. Jangan sentuh kulit muka even nak lap peluh ( kena pakai kain bersih)

7. Skin care tu kena pilih elok-elok. Kulit muka kita sensitive kalau pakai produk banyak kimia teruklah muka kita ni. 

8. Kalau makan supplement lain macam vit C, vit e or etc..kena jarakkan 12 jam dengan pengambilan VCO.

SO ini sesi DIY :D Ambil bekal mascara putih or bekas eyelash serum or botol serum. Yang botol macam ni. Cuci bersih-bersih and keringkan. Lepas tu letak sebijik dua VCO dalam tu and pakai kat bulu mata. Seminggu saja pakai bulu mata dah boleh lebat. Tak perlu pakai false lashes!.
Kita tak pakai foundation mahal-mahal. Sebab student lagi. So safi balqis-krim kecantikan ni lah bestfriend saya. Titiskan VCO dalam bekas tu dan biar semalaman. Bila nak pakai gaul2 skit krim dalam bekas tu supaya vco larut dengan krim tu. Masa pakai muka akan Nampak glowing and senang nak ratakan. 
So pesanan saya untuk kawan-kawan yang baru nak cuba VCO ni kena SABAR! Ulang sekali lagi SABAR!! Ada jugak kawan saya makan vco tapi tak menjadi sebab kuat pakai mekap. Masa proses nak baikpulih kulit kita kena bagi kulit free dari apa-apa yang boleh sekat pori kita. 
Give ur skin a chance to change haa..Kalau orang tegur-tegur muka nak jerawat masa 2 bulan pertama tu jangan ambik kisah sangat teruskan saja pakai. Nanti kulit dah cantik kot2 dia pulak yang tanya kita pakai produk ape. :P 

SELAMAT MENCUBA DAN JANGAN PUTUS ASA.

 Love and hug : 
Stacy Hanza FB : Stacy Hanza Catalyst (https://www.facebook.com/stacy.hanza)
Blogspot : Stacy Hanza (http://parasyit.blogspot.com/)