rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, November 30, 2012

...Hari tanpa kata....

SELAMAT DATANG DISEMBER....

hari ni update blog....pening kepala nak buat macam2....



















Wednesday, November 28, 2012

COME BACK

salam semua...
lama rasanya tak update blog...hihihi
hampir 4 bulan okey...mmmm..lamanya...
sejak2 bersalin ari tu sampai ari n8...barulah ada mood nak menaip semula...

pertama sekali..
syukur ke hadrat Ilahi dengan lahirnya cahaya mata kami yang ke 2 yang di beri nama Adam Qaiser bin Azmanizam...bersyukur sangat dah dapat sepasang...lepas ni aku kena merancang sebab 2 kali bersalin secara pembedahan.


Sekarang adam dah  3 bulan. tinggal 3 bulan lagi aku akan menjayakan misi untuk mengekslusifkan penyusuan adam ...amin semoga aku berjaya dgn sokongan famili tercinta....

syukur juga sebab adik aku tolong jagakan anak-anak aku. kalau tiada dia macamanalah aku mahu jaga...
sekarang en suami sambung belajar jadi aku memang sangat memerlukan adik aku. en suami ambil degree selama 4 tahun.jadi  adik aku boleh temankan kami.

okeylah
nnt aku update lagi blog nie...

tq follow me...

Thursday, November 22, 2012

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan sabtu, 24 NOV 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.