rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, May 26, 2011

ASID LAURIC dlm MINYAK KELAPA DARA





INFO : Asid lemak(fatty acid) di dalam MINYAK KELAPA DARA adalah asid laurik( lauric acid) sejenis asid lemak yang berantai sederhana (medium chain fatty acid) yang bersifat anti-virus, anti bakteria dan anti protozoa. Apa medium chain fatty nih? Dalam bahasa mudahnya, asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa ini memiliki khasiat serupa dengan susu ibu. Susu ibu mengandungi asid lauric. unsur yang berfungsi memberi ketahanan (immune) kepada bayi yang menyusu ibu.

Selain meningkatkan fungsi tiroid dan meningkatkan metabolisma badan, asid laurik dalam minyak kelapa telah terbukti bersifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat, oleh itu ia meningkatkan sistem imun dan mengawal kesihatan badan. Asid laurik membantu badan melawan infeksi bakteria, termasuk strep, jangkitan virus, termasuk HIV dan herpes, parasit seperti giardia dan infeksi kulat candida.

Dalam kajian 1999-2000 oleh Dr Conrado S, Dayrit,M.D., mengenai pesakit HIV, beliau merumuskan bahawa minyak kelapa mempunyai kesan anti-virus dan ia “boleh memanfaatkan pesakit HIV dengan mengurangkan beban virus”.

Dengan menggunakan minyak kelapa dalam diet harian dapat membantu menyahkan virus dan mencegah penyakit.

Ada jenama minyak kelapa yang menyatakan ia tinggi asid laurik, tetapi hakikatnya, semua minyak kelapa dara mempunyai lebih kurang 50 peratus lemaknya adalah dari asid laurik, dan paras kepekatannya beruabah sedikit dari baj ke baj yang berlainan. Oleh minyak kelapa yang terbaik ialah minyak kelapa DARA, organik dan tulin.

VCO mengandungi asid lemak baik untuk keperluan badan

  • VCO mengandungi rantaian asid lemak sederhana panjang (medium chain fatty acids-MCFAs) seperti laurik (C-12), kaprilik (C-8), kaprik (C-10) dan miristik (C-14). Asid laurik boleh didapati dari susu ibu dalam bentuk monolaurin dan ia mempunyai aktiviti ANTIVIRUS.
  • Manakala asid kaprik dalam VCO menunjukkan aktiviti ke atas Herpes-Simplex-2, Chlamdia dan HIV-1.
VCO untuk rawatan kulit - kekalkan kemudaan kulit
  • Ia sangat berkesan ke atas eczema (sejenis sakit kulit) yang sukar sembuh menggunakan rawatan konvensional
  • pelembap kulit yang bagus
  • mengekalkan kulit muda dan melambatkan proses penuaan dan kedutan
  • berkesan merawat kulit kepala

VCO meringankan badan dan mengurangkan berat badan
VCO melawan infeksi - menjadikan sihat dan kuat
VCO menggalak penghasilan tenaga - kekuatan dan kecergasan
VCO penggalak sistem imun - membantu menghindar penyakit
VCO merngsang fungsi tyroid - membuat bertenaga dan aktif
VCO baik untuk jantung

Nota: VCO dihasilkan tanpa menggunakan haba iaitu secara biotek.

P/S: so jgn risau bg ibu2 yg menyusukan bayi.. tiada kesan sampingan dengan pengambilan VCO CATALYST .. so jom la try :) 4 ur health & beauty

sumber en yahoooooo......

Tuesday, May 17, 2011

MAMAM AISYAH

Aisyah & brokoli

sempena cuti wesak ni aku habiskan masa dengan membuat puree untuk Aisyah...
Yes...aisyah dah 6 bulan lebih dan boleh makan...
banyak dah resepi yang aku cuba untuk aisyah...alhamdulillah dia okey dengan segala
jenis makanan yang aku cuba...tapi biasalah ada masa dia nak makan banyak atau sikit...
okey....untuk pertamanya aku dah memberi penyusuan eksklusif untuk aisyah selama 6 bulan...
dan sekarang memperkenalkan die dengan solid food...
sebelum apa-apa salah faham dengan apa yang aku tulis ni,aku harap kawan-kawan boleh memberi komen yang membina...sebab aku bukan dokor atau pakar pemakanan...apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku baca dan tanya dengan beberapa individu...


Bayi sebaik-baiknya di berikan makan ketika berumur 6 bulan...jangan lewat atau awal sangat...
kalau awal perut bayi masih belum bersedia untuk menerima makanan yang pejal atau separa pejal,takut nanti kemudian hari akan mengalami masalah pada perut bayi. kalau terlalu lewat plak takut bayi akan menjadi seorang yang memilih makanan,jika lewat dikenalkan dengan makanan...okey....

Aku masa mula-mula kenalkan aisyah makan aku bagi dia makan bubur nasi yang aku dah kisar dgn halus...itu pada hari pertama...kemudian pada hari kedua aku cuba campurkan lobak dan bilis...semua makanan ini aku kisar halus,tapi bagi ikan bilis nie aku tapis sbb ikan bilis ni ada macam uras. jadi aku hanya ambil yang aku sudah tapi. begitulah seterusnya, aku mempelbagaikan makanan aisyah, sebab aku nak tau apa yang dia okey atau tak...aku pernah bagi kuning telur juga tapi sedikit dan alhamdulillah dia tak alergik...tapi aisyah kurang dengan telur nie kalu campur dengan nasi....hehehheh

aku nak kongsi puree-puree yang aku pernah buat:
lobak
ubi manis
apple/kiwi
ayam
ikan
sawi
brokoli
jus kurma

buah yang aku bagi aisyah makan sebagai snek

pisang
betik

buah-buahan ini penting supaya dia tak sembelit...dan syukur alhamdulillah dia belum pernah sembelit lagi...buah-buahan ni aku akan campur dengan EBM...jadi rasanya berkrim...heheheh...

selain itu juga aku juga bagi biskut Heinz yang perisa original...biskut ni juga aku campur dengan EBM...tak pun aku bagi aisyah pegang jer...ataun pun orang panggil Baby Led weaning...


Yes! kite kena ajar anak kita explore dengan makan dia...aku biasanya akan bagi Aisyah pegang sendiri makan dia macam biskut Heinz,betik, dan brokoli...dan memang rumah aku bersepah...heheheh..tak ape la demi anak...dia kena belajar pegang sendiri dan explore makanan dia...

aku suka sangat tengok bila aisyah makan sbb comot dan bersemangat bila nak makan...nga nga jer mulut dia nak kena suap...macam anak burung...heheheh

okey la aku nak kongsi gambar-gambar aku,suami & aisyah....


puree n EBM


bilis kisar


puree brokoli



tutup biru: jus kurma
bekas kuning: betik



puree labu + kentang

okey la itu jer buat masa ni ...nanti aku kongsi-kongsi lagi dengan kawan-kawan okey...
love u all....muuaaaxxxx

Saturday, May 14, 2011

KENAPA : Jerawat Keluar Semula?Malah Lebih Banyak?Pening2? Muntah2?



Pernah mengalami masalah di atas??Baca hingga habis ye kalau nak faham :)) dun wory.ia bukan negative effect.ia dipanggil HEALING CRISIS / KESAN PEMULIHAN

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.


Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, CATALYST (VCO/COLLAGEN). Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.

Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :

-sakit atau pening kepala
-ruam kulit
-demam/tak sedap badan
-bisul atau kudis
-sembelit
-cirit birit
-perut berangin
-letih atau kepenatan
-berdebar
-cepat marah
-selsema atau batuk (kahak yang banyak)
-demam
-jerawat keluar lebih banyak dari biasa

**ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara**

Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

1.Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.

2.Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.

3.Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.

4.Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.

5.Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.

6.Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.

7.Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.

8.Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.

9.Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.

DAN JANGAN LUPA.WORK OUT! ATAU BERSENAM ye :))

Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.

SOURCE : google.com.my
from them :http://www.gamatemas.com.my

kredit:eazywellness

Wednesday, May 11, 2011

EKSLUSIVE BREASTFEEDING


CHAIYOK !CHAIYOK! BF


lupa nak sharing sharing....heheheh setelah bersusah payah akhirnya aku berjaya juga ekslusif breastfeeding kat aisyah.... bukan senang nak mencapainya banyak perlu di korbankan terutamanya tenaga n masa.... so akan aku teruskan sampai umur aisyah 2 tahun...amin... kepada mommy2 yang lain DON'T GIVE UP !!!! okeeeeyyyy banyak-banyak kan doa n berusaha....



....the best moment ever....

sharing is caring

Tuesday, May 10, 2011

MINGGU YANG MEMENATKAN...

salam you ollsss...

lamanya tak jenguk2 blog aku nie...heheheh...apa taknya aku sangat bz 2 minggu lepas di tambah lagi dengan keadaan yang kurang sihat...4 bulan mei tu aku dah mula sakit...mula2 ingatkan sakit mata sbb mata rasa mcm bengkak n pedih...malam tu tido mata banyakkk taikkkk mataa...hahahahahah....esoknya mc g klinik doc cakap aku demam...ouuhhh demam rupanya..eheheh. aku tak tau pun simptom2 demam tu sakit mata n sakit tekak. dah lama tak kena demam kot....so aku pun ambik cuti smpi hari jumaat...sbb badan tak larat sangat....mujurlah keluarga aku datang dr kg....
famili dtg sebenarnya nak melawat my MIL yang kurang sihat....dan2 jer aku masa tu pun tak sihat...adalah juga org tolong2 aku buat keje kat umah...

7 hb mei
aisyah dah boleh makan heheheh...2 days lagi die nak masuk 6 month...she love to eat...eat n eat
n hari tu juga aku n famili g expo mom n bb kat midvalley...nasib baik lah midvalley tu dekatttt jer ngan umah 3 km jer...tak larat nak jalan jauh...pening2 jer kepala....malam tu plak kami g i-city...yer la bawa adik2 aku yg tak pernah g sana lagi...ari tu dah g tapi bawa mak n abah jer...kali ni bawa adik2 plak...heheheh...habis d pusing i-city tu...hahahhaa....
8hb mei
demam tak elok lagi tapi kuatkan semangat juga

8hb mei
pagi tu aku kemas2 umah la...pagi tu juga d org mak bapa aku dah balik kg...pas tu tgh ari kami g mid valley lagi...beli walker utk aisyah...heheheh
akhirnya aisyah guna walker juga setelah semalaman berfikir n bertanya ngan org....bukan apa
al maklum la aisyah sekarang dah laju menjulur jadi aku takur die menjulur smpi bawah meja n ke dapur...yer la umah bkn besar sngt untuk keselamatan aku bg la walker tu juga...dah ada walker tu makin plak die laju berjalan2 ke sana ke mari...heheheh...aisyah aisyah...tak ape la asalkan die sihat aktif alhamdulilah...tp aku hairan juga mcmana die bole jalan dlm walker tu...?????...
aisyah semakin pandai makan...nga nga jak mulut die nak minta suap makanan...heheheh...
harap2 la die berselera sokmo....heheheheh....

apa-apa pun minggu lepas adalah minggu yang memenatkan...yerla dah la aku demam pas tu aisyah kena makan...tapi tu la demi anak kan demam ke ape ke...kena kuatkan juga diri ini...
hehehhehe....

ok la nnt aku letak gambar2 aisyah yg dah masuk 6 bulan...
heheheh


dadaaaa love u all....




Tuesday, May 3, 2011

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI

mungkin ada kawan-kawan yang mengalami masalah anak sembelit di sini saya nak share ngan kawan... maklumat nie sy dapat dari blog dr. hamid arshat...

kredit dr.hamid arshat


SEMBELIT DI KALANGAN BAYI

Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi - bayi. Bayi - bayi mengeluarkan najis - najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis yang berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi - bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi - bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian anus menyebabkan pendarahan pada bahagian itu. Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.

Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi - bayi tidak ada punca - punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri. Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility ) Kanak - kanak kalau dibandingkan dengan kanak - kanak yanga selalu sembelit. Bahan air dalam tali perut lebif banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis - najis menjadi keras.

Bayi - bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. Dari itu bayi - bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi - bayi mendapat sembelit. Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis.

Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi - bayi itu. Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen. Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat - kuatnya. Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana kanak - kanak itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis - najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya. Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana kanak - kanak itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak - kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.

Seseorang kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan meras susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan keatas bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'. Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil. Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit. Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis. Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahankimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil. Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah biopsi dibahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.

Bayi-bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit. Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle), benatuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia). Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa. Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.

Rawatan untuk bayi-bayi yang sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Bayi -bayi yang selalu sembilit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan. Setelah seseorang bayi mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya. Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar. Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan. Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif. Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan. Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.

PERMULAAN YANG.....

hahhaiiiii....
dah masuk bulan mei pun....sekejap jer rasanya masa berlalu....aisyah pun dah nak masuk 6 bulan.
Tak lama lagi aisyah dah boleh makan...hehehehhe...tak sabar rasanya...
Cuti hari buruh ari tu kami g jalan2 kat pd....sngt best....tp ramainya org bercuti juga d sana...
aku rasa semua tempat peranginan penuh kot sbbb cuti yang panjang....
Buat kali pertamanya aisyah jejakan kaki kat pantai port dickson...
Die seronok sngt main air laut tu....




aisyah yang main air laut....

Itu citer yang gembira...
Citer yang tak mengembirakan ialah mak mentua aku sakit...
kesian suami aku....
kesian mak mentua aku...
semoga mak mentua aku cepat2 baik...
kami semua doakan semoga mak cepat sembuh....
yerlah sapa yang tak sedih bila mak sakitkan.....
daripada bersedih baik berdoa....

ok la itu jer buat masa ni...
nanti kte smbung lagi...