rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, July 15, 2011

PERADUAN SUSU IBU

HENDAK MENGEMBARA KE GUNUNG DAIK

MAKANAN DI SIMPAN DIDALAM KAIN

SUSU IBU SUSU TERBAIK

TIADA TANDINGAN DENGAN YANG LAIN

Aku mulakan entri aku dengan pantun 4 kerat mengenai susu ibu…

Masa bujang dulu dan lepas mendirikan rumahtangga aku langsung tidak tahu tentang susu ibu…

Kemudian aku disahkan mengandung anak pertama….gembira yang teramat sangat….

Ketika aku mengandung, aku selalu disogokkan dengan susu formula atau susu tepung yang biasa dilihat diiklan di media massa

Sehingga ada pernah seseorang berkata kepada ku… “ nanti beli susu yang murah dulu, tengok baby boleh terima ke tak, kalau tak boleh baru beli yang mahal”

Dan suami ku jawap….”tak ape, kami guna susu percuma jer,


susukan anak dimana-mana sahaja

tak mahal dan tak murah” dia pun terdiam….kami senyum…. : )

Apa-apa pun aku sangat berterima kasih sangat dengan sahabat aku Fauziah kerana dialah yang member pengetahuan tentang susu ibu.

Mulai dari itu aku pun selalu mencari info-info mengenai susu ibu… info-info itu aku kongsikan dengan suami ku…

Aku bersyukur sangat kerana suami aku Azmanizam sangat memberi sokongan dalam memberi susu ibu kepada anak kami yang bakal lahir….

Segala persiapan untuk anak dan juga persedian pam susu,bekas menyimpan stok susu,kami sediakan….

Dari hari ke hari kami sentiasa menambahkan ilmu tentang susu ibu…

Membaca majalah, melayari internet, menonton televisyen, dan juga pergi ke kelas ibu ibu mengandung….

Tanggal 09 november 2010

Aku mula merasa sakit-sakit,masa itu aku masih di pejabat…

Pada sebelah petang aku telah turun darah…

Apa lagi dengan segera aku hubungi suami supaya ambil aku di pejabat….

Pukul 5.30 petang kami pun bergerak ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur…nasib baik jalan tak sesak.almaklumlah baru balik kerjakan.

Setelah lebih kurang 2 jam menjalani prosedur untuk dimasukkan ke wad…aku pun di suruh baring diatas katil sebab doctor dan jururawat nak cek keadaan baby dalam perutku

Cek punya cek, seluk punya seluk…aku dah buka 3 sentimeter…dan yang paling aku TIDAK SANGKA...ialah anak aku songsang….Hahahaha….

Rupa-rupanya baby duduk menegak dalam perut mummy die…heheheheh

Dan doktor sarankan aku untuk menjalani pembedahan….

Owwhh ok…aku kena operate…aku macam binggung sekejap sebab tak terlintas pun nak kena bedah….Rasa takut pun ada juga…macam-macam yang bermain difikiran….Pukul 8 lebih aku pun dibawa masuk kedalam dewan bedah….masa dalam bilik tu…aku sedar…dan badan aku dilalikan dengan jarum spinal ditulang belakang aku…

Dalam masa setengah jam aku dioperasikan dan Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak perempuan…

Sangat terharu masa itu…tatkala aku mendengar suara tangisan anakku….

Jururawat letakan baby dekat pipi ku…masa tulah aku menagis…sebab terharu sangat….

Setalah perut ku dijahit semula…aku pun dikeluarkan dari dewan

bedah….

Selepas setengah jam berehat…aku di bawa masuk ke dalam wad bersama bayi ku…

Alhamdulillah….aku dapat bagi kolostrum kepada anak aku…walaupun sikit aku suakan juga mulut bayi ku…

Aku tahu bayi tidak perlukan susu yang banyak sebab perut b

ayi kecil seperti kepala mancis….

Lepas bagi kolostrum bayi aku pun tido….alhamdulillah bayi aku tidak kuat menangis malam tu….

Pada keesokan paginya…bayi aku macam meragam sikit die menangis…aku bagilah sus badan aku ni…

Kebetulan masa tu waktu melawat…jadi aku sangaaattt berserabut…seorang suruh bagi susu tepung, sorang suruh bagi air masak…aduiiiiii

Pening kepala aku rasa nak menangis pun ada juga tapi aku kuatkan hati…aku tetap tak nak bagi….

Bayi menangis bukan sebab dia lapar jer...yerlah selama

9 bulan 9 hari dalam perut aku, tetiba duduk kat dunia luar yang panas yang bising….sebab tulah baby menangis….

orang sekeliling asyik cakap susu aku tak ada...jadi kena campur dengan susu formula.memang la mana ada susu masa mula bersalin. paling awalpun ada masa 2 3 hari selepas itu.aku kuatkan jer hati dan semangat, tak nak bagi anak aku minum susu formula dan air tetapi anak aku terminum juga air masak 2 3 sudu...ohhh...tak tau nak cakap apa, masa tu....

selepas 3 hari menginap di wad bersalin, aku dan anak ku dibenarkan balik, bekas jahitan semua ok,anak aku pun sihat,jadi boleh la kami keluar awal.

ketika aku dalam pantang dirumah, aku mengalami batuk-batuk, memang sakit bila batuk. perut aku seolah olah tertarik dan jahitan tu terasa macam nak terbuka kalau aku batuk.sakitnya Tuhan saja yang tahu. dalam masa yang sama payudara aku juga membengkak. memang aku sangat tertekan pada masa itu, aku

hanya menangis, menangis dan menangis...mujurlah ada emak disisi...emaklah yang banyak menolong aku...

emak menyuruh aku menuamkan payudara aku dengan air suam.sambil-sambil itu aku pam susu.beberapa kali tuam dan pam barulah aku merasa sedikit lega.kalau tak macam nak demam rasa.susu yang aku pam aku simpan dalam peti sebab anak aku sudah tidur. selama seminggu aku batuk dan dalam masa itu juga aku merasa sangat sakit di bahagian jahitan.setiap kali batuk aku akan alaskan perut aku dengan bantal.ketika menyusukan anak pula. aku banyak menyusukan anaksecara posisi baring. posisi ini aku akan menjadi lebih selesa dan anak aku sangat suka posisi ini. sementara bagi susu aku juga boleh berehat.sehingga sekarang aku lebih banyak menyusukan anak aku dengan posisi baring. ketikadalam pantang juga aku menjaga makan dan minum aku.semuanya diuruskan oleh emak.hari-hari aku makan ikan haruan yang dipelbagaikan cara masakanya dan minum pati gamat....rasanya sangat sedap...heheheheh...

alhamdulilah....aku selamat berpantang dirumah selama 2 bulan...dan aku masih menyusukan anak menggunakan susu badan ku...mula-mula memang agak sukar untuk menerangkan kepada orang sekeliling kenapa aku masih bertahan dengan susu badan.mujurlah dengan sedikit ilmu yang ada aku hingga kini berjaya memberikan anak ku penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan tanpa campuran apa-apa makanan selain susu ibu. memang penat dengan kerja lagi mengepam susu lagi, badan memang cepat penat,cepat lapar.tapi aku yakin semua penat lelah ini akan memberi makna dalam hidup aku dan suami.suami adalah orang yang paling banyak memberi sokongan dalam menjayakan misi aku untuk menyusukan anak kami selama 2 tahun. Perbelanjaan untuk memulakan semua ini memang banyak pada mulanya tetapi peralatan seperti pam susu, botol-botol penyimpanan susu, dan lain lain. Kemudian kita tak payah beli apa-apa lagi.jadi jimatlah duit kita.

InsyaAllah...bila di kurniakan anak yang seterusnya aku akanmemberi susu ibu kepada anak-anak ku kerana itu adalah hak mereka...yang baik itu datang dari Allah...yang buruk itu adalah kelemahan diri ini...

sekian...



aksi ini jangan ditiru....

2 comments: