rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Tuesday, August 23, 2011

mood rayee.....

Minggu depan dah nak raya??????

Cepatnya masa berlalu hari ni dah 23 Ramadhan….

InsyaAllah kalu tak ada aral kita akan beraya 30 Ogos dan 31 Ogos kita sambut merdeka plak….

Macamana persiapan raya???? Dah siap ke….

Oklah kami tahun ni tema warna pink gitooo…cumil….

Tahun lepas aku mengandungkan Aisyah jadi aku cakap la dengan suami aku….

Aku: sayang kalau anak perempuan tahun depan kita raya kaler pink ok….

Suami: Ok lah…kalau lelaki kaler biru ok…

Aku setuju…..

Jadi tahun ni kami anak beranak kaler pink…muahahaha….

Alhamdulillah semua dah siap heheheh…

Sekarang tak sabar nak raya……

Ok…ari sabtu ni kami dah nak balik kampong…..

Best-best….

Ok lah...nanti I upload gambar ok….

Saturday, August 13, 2011

SUP CAMPUR MAKARONI AISYAH


SALAM
Mummy semua....

Macamana anak-anak...sihat tak...dah makan ke anak-anak....

mmmmmm...tak tau nak bagi baby makan apa hari ni...

okey jum baca dengan lebih lanjut...

kat sini saya share sup campur makaroni yang saya bagi kat anak saya....



bahan-bahan
  • makaroni yang warna warni tu
  • sayur sayuran ( brokoli,sawi,lobak) nak letak sayur lain pun ok juga....
  • ayam yang di potong kecil-kecil
  • bawang putih n merah
  • olive oil
cara-cara

  • rebus makaroni sampai kembang, cuci dulu tau...
  • tumiskan bawang putih dan merah dengan olive oil sampai naik bau.
  • masukkan air secukupnya kedalam periuk.
  • masukkan ayam yang telah dipotong kecik tadi,
  • biarkan sampai mendidih sekejap,
  • selepas masukkan semua sayur sayuran dan masak hingga empukkkk semuanya
  • kemudian baru masukkan makaroni yang telah di rebus asing tadi dan gaul sehingga seiring dan sejalan...wahhh mcm lagu plak...
  • TAK PERLU LETAK GARAM ATAU PAK AJI NAIK MOTO OKEY....

P/S kalau mummy2 nak ketak daun sup,cellary,kentang pun bolehhh jugaa....sangattt sedapp...


okey itulah resepinya.

selamat mencuba mummy mummy semua....


jum layan gambar ini...

BAHAN BAHAN YANG TELAH DICAMPUR


SIAP UNTUK DI MAKAN...



Aisyah sangat suka makan sampai habis dia makan...

RESEPI MAKARONI BAKAR

bawah....



-





-



bawah lagi....


-





-



okey...kali ni entry aku semua nak update pasal makanan...
hahahahha....
mula-mula makan orang dewasa la....

tetiba semalam aku nak makan makaroni bakar
so..aku belek2 la en google...
akhirnya dengan bantuan seorang sahabat nie aku dapat juga la
resepi MAKARONI BAKAR....
sedap ke makaroni bakar ni...
fffuuuuhhhh memang sedap aku suka makan....

jadi...mari dekat mari rapat
aku nak share resepi nya....

bahan-bahan
  1. makaroni elbow -ini yang paling utama kalau tak ada bukanlah namanya makaroni....kikiki
  2. daging atau ayam cincang
  3. sosej
  4. isi ketam
  5. bawang besar-2 biji-
  6. telur 8 biji
  7. rempah kari
  8. keju
  9. cendawan butang
  10. nenas
  11. minyak masak
  12. garam
  13. secukup rasa
cara-cara masak

  1. tuangkan setengan pek makaroni dalam bekas cuci pas tu rebus sampai kembang.
  2. sementara tunggu makaroni tu masak, hiris bawang besar
  3. potong sosej, isi ketam, cendawan butang,nenas, potong comei2 ok....
  4. panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan masukkan rempah kari,letak air sedikit goreng sampai naik bau wangi2 gitoo..
  5. kemudian masukan sosej,isi ketam,cendawan butang dan nenas.
  6. masukan makaroni dan goreng hingga rata. letakkan garam secukup rasa.
  7. pukul telur dalam bekas yang lain.
  8. sediakan loyang, sapu loyang dengan butter atau minyak.
  9. masukan makaroni kedalam loyang, selepas itu tuangkan telur diatas makaroni yang telah siap.
  10. taburkan keju diatasnya.
  11. kemudian barulah masukan makaroni kedalam oven.
  12. bakar dalam masa 50 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
ok dah siappp...tunggu untuk dihidang.
jadi kami berbuka puasa hanya makan makaroni goreng....
tukar selera.

suami aku yang baru 1st time makan dia sangat suka bertambah tambah dia makan...heheheheh

disini ada gambar gambar makaroni bakar...



rebus makaroni

toskan

nenas di potong dadu

cendawan butang, sosej,isi ketam dan bawang besar


rempah kari ditumis bersama bawang besar



bawah lagi...



-






-




taaadddddaaaa
dah siap




sangat mabelesss...rangup kat atas...


okey kawan-kawan bolehlah cuba resepi ini...
tak susah pun senang jer...


selamat mencubaa...!!!!


Thursday, August 11, 2011

BERBUKA APA HARI INI???

Salam kengkawan semua…

Hari ni dah 11 Ramadhan…

So macamana puasa kawan-kawan semua

Diharap semuanya berjalan lancar okey….

Dalam bulan puasa ni apa perkara yang selalu kita fikirkan..

Perkara yang selalu kita fikir adalah…

“APA NAK MAKAN BERBUKA NANTI????”

Hahahahahah…itulah antara persoalan yang selalu kita fikirkan..kan..kan

Termasuklah dengan aku…sampai tak tau nak masak ape dah…

Apa yang penting dalam menu aku mesti ada sup-sup supaya aku dapat tahan n air susu banyak…

Alhamdulillah susu masih maintain….

Dapat dalam 6 smpi 10 oz…

Tu la yang aku bawa balik hari-hari….

Setakat ni baru sekali kami g bazaar ramadhan…

Sekali hari tu g beli makan terkujat juga aku

Harga semua makanan aku beli RM22

Gila mahallll…boleh mkn seminggu…hahahahahaha

Jadi hari ni aku nak masak ape ekk…adoiii yaiii…pening kepala nak pk…

Jum pk sama2…..

Ok la itu jer nak tulis…

Esok-esok aku tulis lagi….

Tata titi tutu

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA

SELAMAT MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA MARI BERSAMA-SAMA MENYUSUKAN ANAK KITA....

JANGAN MENYERAH KALAH
DAN
KUATKAN SEMANGAT
MENGHADAPI CABARAN-CABARAN
DALAM PENYUSUAN

DAN MEMANG SANGAT MENCABAR!!!!!!


CHAIYOK!!!!