rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Monday, September 26, 2011

PETUA KEPADA PARA PENGANTIN

kepada sesiapa yg belum berkahwin.

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


Wednesday, September 21, 2011

....PUNCA ANAK-ANAK DERHAKA....

okey lah...entry kali ni aku nak share dengan satu artikel yang aku baca. mungkin akan berguna kepada kita sebagai ibu bapa. kadang kadang kita menyalahkan keadaan sekeliling apabila anak anak menjadi kurang ajar atau derhaka. tapi sedarkah kita kadang ianay berpunca daripada diri kita sendiri.

so renung renungkan dan selamat beramal....


Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu

hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak

derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu

dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak

tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah

orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan

tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita

derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu

atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf

berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba

kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak

dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu

tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan

ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang

anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada

menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil

berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf

mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan

emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri

kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga

suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan

ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas

menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu

hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di

rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar

menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada

menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi

Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan

pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik

simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita

yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan

bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang

baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda

malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan

yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan

anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat

daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya

senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu

melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya

kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan

mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah

tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg

dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

WebRepOverall rating


kredit kepada Tengku Muhammad Kalmani As-Saifi.

terima kasih

Tuesday, September 20, 2011

MINYAK KELAPA DARA (VCO) CATALYST-100% BAHAN SEMULAJADI


Apa Itu Minyak Kelapa Dara???

mungkin ramai yang telah mengetahui tentang minyak kelapa dara VCO. Apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana sturktur asal dalamanya dapat dikekalkan seasli aslinya. minyak kelapa dara keluaran catalyst menggunakan kelapa tempatan 100%. seperti yang kita tahu minyak kelapa mengandungi Lauric Asid. Seperti yang kita tahu susu ibu juga mengandungi asid laurik dan mungkin ramai yang tidak tahu tentang hal ini. jadi kandungan asid laurik ini mempunyai kesan neutrikal yang sama dengan kandungan susu ibu. untuk keterangan lanjut klik sini.

bagi ibu ibu yang hamil pengambilan minyak kelapa dara ini juga sangat sesuai kerana bayi yang bakal di lahirkan akan mempunyai kulit yang cantik, sihat dan mempunyai rambut yang lebat.

MANFAAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA MANUSIA


  1. meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  2. meningkatkan sistem metabolisme badan
  3. bersifat anti virus ( yang menyebabkan mononucleosis,caca air dan herps), bakteria (yang menyebabkan pneumonia,sakit telinga,meningtitis) , kulat( yang menyebabkan candida,kadas,dan infeksi yang lain) , serta membunuh cacing pita dan parasit.
  4. meningkatkan fungsi kelenjar tairod. (bagi yang pernah membuat pembedahan tairod)
  5. tidak meningkatkan kepekatan darah
  6. meningkatkan penghdadaman dan penyerapan khasiat makanan.
  7. berupaya menurunkan berat badan. (bagi yang ingin berdiet)
  8. meningkatkan sel pertumbuhan se kulit dan rambut. mengalakan pertumbuhan rambut yang sihat.( bagi sesiapa yang mengalami keguguran rambut dan mempunyai kesan parut pada kulit)
  9. membekalkan sumber tenaga dengan cepat.( bagi yang sering mengalami keletihan)
  10. melembabkan dan menyegarkan kulit.( VCO boleh disapu pada kulit)
  11. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
  12. mengurangkan risiko dan kesan sakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.
  13. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa dan batuk kering.
  14. mengurangkan risiko dan kesan selesma dan resdung.
  15. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.
  16. mengurangkan risiko dan kesan lelah, buasir dan sembelit.
  17. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut.
  18. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut.
  19. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga.
fuuuuhhhhh....banyaknya senarai penyakit yang boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak kelapa dara. Betapa dari sebatang pohon pokok kelapa mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan kita sehari harian. pokok kelapa yang menpunyai kegunaan dari atas sampai bawah.


SESIAPA YANG INGIN MENEMPAH MINYAK KELAPA DARA KELUARN CATALYST BOLEH HUBUNGI SAYA

019-6163438
MIMI

FACEBOOK: MIMI ZEELA

EMAIL:put3_zeela@yahoo.com.myLinkLink

post yang lain:
asid laurik dalam minyak kelapa dara
minyak kelapa dara bagi ibu hamil

Saturday, September 17, 2011

SEBELAH KANAN SEBELAH KIRI SAMA SAJA....

salam semua

entry kali ini aku nak berkongsi tentang breastfeed...
aku masih ingat lagi semasa aku dalam pantang ada orang cakap kat aku pasal susu badan nie. mereka cakap susu belah kiri nasi susu belah kanan air...aku iya kan sahaja...ini adalah mitos tentang susu ibu....dan faktanya adalah, kandungan nutrisi bagi kedua dua payudara adalah sama. tidak ada bezanya susu belah kanan atau kiri. oleh itu jika ibu ibu pam susu kanan dan kiri boleh dicampurkan.

dari apa yang aku baca susu ibu mempunyai 3 fasa:

  1. kolustrum merupakan peringkat pertama susu ibu yang berlaku dari penghujung kehamilan sehingga beberapa hari selepas bayi dilahirkan. ia pekat berbanding susu yang akan dilhasilkan diperingkat akhir dan berwarna kekuningan. kolustrum KAYA dengan protein, vitamin,mineral dan semua antibodi yang penting. antibodi ini akan melindungi bayi dari pelbagai jenis penyakit yang disebabkan kuman dari persekitaran bayi.
  2. susu perantaraan berlaku selepas peringkat dan berlaku kira-kira 2 minggu. susu ini mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yang membantu bayi mendapatkan semula berat badan yang hilang selepas dilahirkan.
  3. susu matang adalah susu terakhir yang dihasilkan. lebih kurang 90% adalah air bagi mengekalkan hodrasi bayi. 10 % merupakan karbohidrat, protein dan lemakuntuk keperluan pembesaran tubuh dan tenaga. terdapat dua jenis susu matang iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir).
komposisi kandungan nutrisi bagi susu ibu adalah berbeza bagi setiap hari dan bergantung dengan cara pemakanan dan persekitaran. kandungan nutrien secara relatifnya selari dan diperoleh daripada pemakanan ibu. jika ibu mengambil makanan yang kurang bernutrien, jadi kandungan nutrien susu adalah sekadar apa yang diambil oleh ibu. walau bagaimana pun, susu ibu yang dihasilkan masih lagi BERKHASIAT....OKEY....

jadual yang menunjukan perubahan dalam kompenan susu ibu dari kolustrum kepada susu matang klik sini.




perbezaan susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk)



foremilk:

agak cair dan dihasilkan oleh payudara yang penuh pada awal sesi penyusuan.
kurang lemak dan tinggi kabohidrat.

hindmilk:

susu yang lebih pekat.
dihasilkan di penghujung sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik baiknya.




walau bagaimanapun, payudara tidak akan benar benar kosong kerana penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.

ibu ibu sebaik baiknya meyusukan anak dengan kedua dua belah payu dara agar penghasilan susu pada kedua dua belah dapat dikekalkan pada tahap optimum. sekiranya ibu memerah susu, cara yang sama perlu dilakukan juga...
aku ada jumpa blog yang menerangkan tentang foremilk dan hindmilk....klik sini...



JADI LEPAS NI TAK PERLULAH RISAU KITA BOLEH CAMPUR KE TIDAK SUSU BELAH KANAN DENGAN KIRI. SEBAB KHASIATNYA MASIH SAMA.

kredit pa&ma
Link

Friday, September 16, 2011

WARNA NAJIS BAYI ANDA???? WARNA APAKAH??


salam ibu-mami-emak-mama

oleh sebab malam ni saya tak boleh tidur jadi saya terbaca dalam majalah pa & ma bulan ogos 2011...
okey lahh... saya terbaca mengenai najis baby....bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti tidak tahu mengenai najis baby...macam aku juga la, pertama kali dapat baby aku hairan najis anak aku warna hitam....hehehhehe...yer la tak pernah tengok najis baby baru lahir kan....
mengikut artikel yang aku baca.....
baby yang menyusu susu badan tanpa makan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang 4 kali sehari. namun jika bayi membuang air besar sekali sehari ia juga dianggap normal. Juga pastikan najis bayi lembut, mudah keluar dan tidak keras.
manakala bagi bayi yang menyusu susu formula, perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelakan sembelit. begitu juga dengan warna najisnya akan berubah warna.

JENIS JENIS NAJIS BAYI


HITAM KEHIJAU-HIJAUAN DAN MELEKIT

anda mungkin terkejut apabila melihat warna najis pertama bayi ketika menukar lampinya. Apa tidaknya, najis berwarna hijau kehitam-hitaman dan melekit. Ini bukan petanda anak mempunyai masalah. Ia sebenarnya adalah normal. Apa yang ibu ibu lihat itu adalah mekonium. Ia adalah najis dalam keadaan hijau kehitam hitaman. inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu. najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus tiada gangguan dan dapat menegeluarkan najis dengan sempurna.

** jadi ibu-ibu bapa-bapa janganlah panik bila melihat poo poo bayi anda jika berwarna sedemikian. itu adalah normal.....


KUNING PUCUK PISANG GELAP

selepas 24 jam pertama semua mekonium dikeluarkan. kemudian anda akan melihat perubahan kepada warna najis bayi iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap. Ada juga berkemungkinan mengandungi kesan darah. ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin. Untuk mengelakan sebrang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk ditunjukkan kepada doktor.


NAJIS HITAM

jika bayi anda minum susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron, najis berkemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitamdisebabkan tindakbalas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat. Jika bayi anda mempunyai najis berwarna hitam dan tidak mengambil sebarang vitamin, atau susu formula yang mengandungi iron segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



KUNING

warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan susu ibu sahaja tanpa campuran susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik ( susu bahagian payudara ibu) dan hindmilk (susu dari payudara belakang). Anda tidak perlu risau jika najis cair. Ini kerana bayi menlakukan penyusuan secara ekslusif daripada ibunya.

## najis aisyah semasa satu hingga enam bulan warna inilah....kuning... bila dah mula makan solid food...warna poo poo die dah ikut warna makanan yang saya beri...kalu bagi makan carrot jadi oren, makan buah naga, jadi merah....makan sayuran hijau jadi hijau...hehehheheeh....


saya hanya berkongsi ilmu yang saya peroleh...jika ada tersilap ke ape ke...mohon maaf...dan jika nak tau keterangan lanjut perlu bertanya dengan doktor okey....
kredit untuk majalah Pa & Ma....

sharing is caring mummy2 semua.....

okey nanti bertemu lagi....

Thursday, September 8, 2011

suasana balik kl

hehhehehe...entry kali ni nak letak gambar-gambar masa nak balik kl....hehehehhe....sempat membeli lemang kijal....





suami ku yang sangatlah suka
membeli lemang


urusan jual beli lemang

ini jemmmmm dari tol karak...

Wednesday, September 7, 2011

RESEPI KULUPIS.....

Okey entry kali ni aku nak kongsi juadah semasa raya baru ni....
biasanya masa hari raya pasti ada makanan kegemaran bagi satu satu keluarga kan....
macam kami kami suka makan kelupis....
kelupis ni terkenal di sabah....masa aku duduk kat kudat dulu pun kalu time raya mesti arwah nenek aku dan makcik-makcik buat kelupis ni pada malam takbir....sangat best masa itu.....-tiba tiba rindu kampung ku kudat- tanah tumpah darah ku.....

kami sekeluarga memang suka makan kelupis....
memang sedap....rasa die bkn mcm ketupat bukan mcm lemang....sebab kelupis ni tak keras n tak lembik sangat...tapi memang sedap la.....
kelupis nie di perbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan.....di masak separuh masak....kemudian di bungkus dengan daun pisang....kemudian baru di kukus hingga masak....
kulupis ni sedap di makan dengan kuah kari daging atau ayam....

ini adalah makan tradisi bagi orang sabah...
sama macam ketupat dan lemang...
kalau ada kat semenanjung nie aku tak tau apa nama die...
jadi sesiapa yang tau sila la bagitau....
aku ada juga la belajar buat kelupis ni dengan mak aku...
heheheheh...tapi kena perlahan lahan la belajar....

suami aku pun suka makan kelupis nie...
die first time makan kelupis nie...
sedap dia cakap.....



potong daun pisang

bersihkan daun pisang

ambik santan kelapa

masak beras pulut dengan santan separuh masuk

ambik 2 sudu pulut yg separuh masak







dah bungkus

sebelum masak

selepas masak

sedia di makan

sedia di makan dengan kari daging


so itu jer entry untuk kali ini...
nanti aku post lagi pasal hari raya....
bye.....

Monday, September 5, 2011

tak tau nak tulis apeee....

haaddooiiiiii.....belok aku dah bersawang sawang...cepat2 bersihkan...nanti kte update pasal hari ghaye ok......