rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, December 29, 2011

lapar....makan....lapar...makan....

dah lama aku tak update blog nie...
ade benda nak citer tapi malas nak menaip.....
heheheheh....
okeylah...sejak2 aku dah pregnent ni aku asyik lapar jer....
aku rasa pregnent kali ni lain cikit sbb kerap lapar...
berbanding dulu aku tak ada lapar sangat....
ni kandungan dah masuk 7 minggu...
alhamdulillah semua masih ok....dan aku pun kurang alahan, tak ada pening2 dan muntah2 mcm pregnent 1st dulu....
yelah setiap pengalaman pregnent tu tak samakan....
tapi aku asyik nak makan jer...memang kena ada stok makananlah nampak gayanya...
lepas tu aku tak suka makan nasi...asyik la nak makan mee...bila makan nasi tekak tak leh terima....
ape-ape pun aku kena jaga pemakanan aku...
kena makanan yang berkhasiat walaupun makan mee, kena minum susu, dan kena makan asid folik. itu penting....untuk memastikan baby dalam ni sihat...
ditambah lagi aku masih menyusukan aisyah....
dan yang paling penting aku kena rehat banyak, tak boleh buat kerja berat dan tak boleh stress..


Sunday, December 18, 2011

positif

tiba-tiba dalam minggu ni production susu aku berkurangan...
aku pun hairan juga kenapa boleh jadi macam tu...
tak pernah macam ni teruk sangat...dari 7-8 oz tibba2 boleh dapat hanya 3 oz saja sekali pam...
adduiii risauu nya hati.....
tidak tahu di mana puncanya....tak kan aku nak datang bulan sampai macam ni sekali....selalu tak juga...tak kan salah makan,makan apa yang patut saja,pam susu pun hari2 2 3 kali office hour pas tu bagi direct feed kat aisyah kalu dah kat umah....pening pening.....
ok...tapi dalam masa yg sama aku pelik...
kenapa aku belum datang bulan dan bintang....okey ni dah lambat seminggu.....
jadi apakah maksudnya....
so ari Sabtu tu aku cek...dannnn...keputusanya...

POSITIFFFF.....ALHAMDULILLAHH...
SYUKUR SANGAT-SANGAT....

tak lama lagi ahli keluarga kami akan bertambah....
aisyah dah nak jadi kakak....so sweettt....
macamanalah die nanti jadi kakak...mesti jadi kakak yang baikkan...


tak puas hati aku cek lagi untuk yang ke dua...dan positif juga...
kalau kira-kira aku rasa dah nak masuk 5 atau 6 minggu...kecik lagi....
jadi mulai hari ni kena jaga makan dan kena berehat sebab akukan dulu czer...
jadi keadaan badan tak boleh stress dan letih...takut effect nnt...


so hopefully everything will be alright...

aminnn

Saturday, December 17, 2011

DOA SEORANG ISTERI



Ya Allah ...

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah ...

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan
perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi….

Ya Allah ...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Ya Allah ...

Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah ...

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin......

English lesson

salam semua...hehehe
lama tak update blog ini...bukan ape...
minggu ni saya sibuk...sibuk lah sangat kan...bukan ape
saya baru habis kursus bahasa inggeris untuk penjaga kaunter...
acctually i am not the person in charge of the counter but i'm dealing with customers....
waaahhhhh speaking gitoo aku...walaupun ada error it's ok...

bahasa inggeris ni penting dan merupakan bahasa kedua di Malaysia.
so it's important for us to learn how to speak in english with the right way.
aku ni sebenarnya adalah juga pergi kursus bahasa inggeris anjuran pejabat aku.
tapi pada kali ini,aku sangat suka kursus bahasa inggeris ini sebab tenaga pengajar yang mengajar dalam kursus ni sangaaaaatttt baaaguusssss....dan syukur aku faham apa yang mereka sampaikan.


so i hope after this i can speak in English correctly and do not be shy.

jangan malu untuk belajar. malu bertanya sesat jalan.

Monday, December 12, 2011

Trailer Film "Hafalan Shalat Delisa"

okeylah kali ni aku nak tgk filem ni plak....
filem berunsur islamik....
menonton trailernya pun aku sedey.....
aku sedey sangat bila tengok budak tu bertongkat.....
harap-harap filem ni di tayangkan dimalaysia....

filem ni sesuai di tonton oleh kanak-kanak...
sekali gus dapat mengajar anak mendirikan solat....

Friday, December 2, 2011

Puteri Lindungan Bulan: FILEM OMBAK RINDU FILEM AIR MATA

Puteri Lindungan Bulan: FILEM OMBAK RINDU FILEM AIR MATA: siapa tahu novel Ombak Rindu (fauziah Ashari)??? novel ni dah lama dah dari aku zaman sekolah,zaman kolej,semua kawan-kawan aku dok gila...

FILEM OMBAK RINDU FILEM AIR MATA





siapa tahu novel Ombak Rindu (fauziah Ashari)??? novel ni dah lama dah dari aku zaman sekolah,zaman kolej,semua kawan-kawan aku dok gila baca novel tu...ape tak nya..novel tu sedey dan sangat menusuk ke kalbu...huhuhu...ade kawan tu die baca lebih 10 kali....



aku pun dah baca novel ni memang best...dan buat aku tertunggu2 ape lah ending citer nie...
aku tak nak citer sionopsis korang bacalah novel nie....



setelah sekian lama novel ombak rindu ni berada dipasaran, kemudian novel ombak rindu telah difilemkan....so pada hari rabu lepas 30 november 2011, tayangan perdana filem ombak rindu telah dilancarkan...jadi aku pun pergilah menonton bersama kawan office aku.



pelakon utama dalam filem ombak rindu ni aaron aziz (aris) ,maya karin(izzah) dan lisa surihani(mila). aku memang tabiklah dengan aaron aziz nie...watak die asyik nangis jer, tu yang buat penonton menangis jer, maya karin pun sama juga asyik la menangis...last2 semua dalam panggung tu menangis....aku pun nangis jugalah cikit2...heheheh...
apa yang boleh aku katakan semua watak dalam filem ombak rindu nie sangat menjadi....




izzah


so siapa2 yang belum menonton filem Ombak Rindu dipawagam, bolehlah pergi menonton....

dari 5 bintang aku bagi 4 bintang...

sekian



AMARAN!!
SILA BAWA TISU UNTUK SAPU AIR MATA DAN HINGUS.....