rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, February 24, 2012

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU



1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

*** sumber==
Copyright© LifeFit.my

Wednesday, February 22, 2012

kenapa ada blog????

sekarang ni dah ramai dah orang memiliki blog kan...
ada macam-macam jenis blog...
ada orang buat blog untuk luah perasaan, ada yang untu berniaga, ada yan untuk menunjukkan hasil kreativiti, dan banyak lagi sebab orang buka akaun blog...

Jadi kenapa aku pun ada blog....??
aku buka blog nie...bukan apa dulu aku suka sangat menulis...memang minat untuk menulis tu banyaklah...jadi aku tukarkan minat tu kepada menaip blog...
kalau korang nak tahu aku dulu setiap tahun ada diary...hahahhaha..
memang aku suka menulis diary...ada jer benda yang aku tulis dalam diary tu...bestnya ingat kenangan itu....

tapi sekarang ni dah berubah ckiit...aku lebih suka kongsi apa yang aku fikirkan ke dalam blog... bukan nak cari publisiti ke ape...saje suka-suka kan....

dengan itu aku rasa lebih sedikit lega...aku rasa menaip di blog nie macam satu therapy yang bagus untuk minda dan perasaan aku...jadi sebab tu kot aku buka blog nie juga...hahahha...

satu jer la..orang suka baca blog aku bacalah...
kalau tak suka tak apa...sebab aku pun tak boleh nak paksa orang suka kan...

sekian celoteh aku hari nie...

love u all....muaaahhhhhh

Friday, February 17, 2012

Muntah + Pening

minggu ni kandungan aku dah 14 minggu...
perasaan aku ketika ini saat ini adalah mau muntaaaaaaaaahhhhhhhhhh...
tapi muntah tu tidak mau keluarrrrrr....bole ka kalu aku paksa tu muntah keluarrrr...
uuuwwweeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Thursday, February 16, 2012

nasi goreng kg oh nasi gorang kg !

foto sumber google

entri kali ni aku nak citer pasal aku nak makan nasi goreng kampung...

malam minggu lepas aku teringin sangat nak makan nasi goreng kampung...
aku suruhlah suami aku g beli kat bawah rumah....hujan hujan tu dia pergilah juga...kesian suami aku...
aku di rumah menunggu dengan penuh harapan siap terhidu-hidu lagi kat hidung nie...hhahahahah...
sampailah suami aku dengan aisyah dengan membawa sebungkus nasi goreng kampung...
aku pun dengan tak sabar-sabarnya bukalah bungkusan tu...
sekali aku tengok "kenapa nasi goreng ni kaler lain, kenapa tak hitam, kenapa tak ada lada,????" macam-macam dah aku fikir...
aku tanya la suami aku " sayang, kenapa nasi goreng kampung ni lain...bukan macam selalu yang kita beli tu?"
"ssaya suruh orang tu buat jangan pedas sebab aisyah pun nak makan..." dengan selambanya...
aku apa lagi....teruss menangis mengalirlah air mata....aku tak nak makan nasi goreng tu...aku cakap dengan suami aku tu bukan nasi goreng kampung, ni nasi goreng lain.....saya nak nasi goreng kampung juga.....
menangis la aku sehabis habisnya....sampai bengkak mata....
suami aku pun pujuk dia cakap tak apa dia g turun sekali lagi dia beli yang baru....aku kat rumah memangis tersedu sedan dah....memang malam tu aku merajuk tak nak makan....
lepas jer suami aku bawa balik nasi goreng kampung yang betul...terus aku berhenti menangis...pelikkkk...tadi nangis bagai nak rakkkk....
pas tu aku makan dengan senyum-senyum lagi....angin jer suami aku...hahahahahahhah

kesian suami aku...lepas dah lama macam tu aku dah rasa okey...tak ada plak aku teringat yang aku menangis2 tadi tu...

apa-apa pun terima kasih kepada suami terchenta...
tak tau la kenapa isteri mu jadi macam nie...
layan kan ajer...

Tuesday, February 14, 2012

HARI TENSION SEDUNIA!!!!!


eeeeeeee tension betul aku dengan dorg nie
tak sabar-sabar
tak faham bahasa

ingat aku ke yang tapis benda-benda ni semua....
kalu aku yang buat dah lama dah siap....
eeeeeeeeeeee......&(&(^(*%^*&%&^$%
menyakitkan hati aku jer....

INGAT AKU NI PUN ADA TAHAP KESABARAN JUGA...JANGAN SAMPAI AKU HILANG SABAR...

Friday, February 10, 2012

hadiah dari suami tersayang...

semalam 9.2.2012 hari jadi aku kan...
semalam juga suami bagi hadiah yang istimewa kepada aku....
best best...


jam tangan sangat berat



guaranteed card

yang silver tu dah 5 tahun aku pakai...tu pun hadiah dah suami masa bercinta dulu...jam ni tak pernah rosak sangat tahan lasak.....

yang putih tu hadiah besday akulah kan....suka suka sangat....lepas ni 10 tahun tak boleh lagi beli jam...kena jaga elok elok...hihhi


ape-ape pun terima kasih sayang belikan saya jam nie.....walaupun dah penat pusing-pusing cari yang mana berkenan di hati..last-last jumpa juga.....
tq so muchhhh.....love you.....

Thursday, February 9, 2012

09 FEBRUARI 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO MIMI
HAAAAAPPY BIRTHDAY TO ME...


Dah masuk 27 tahun umur aku...tapi aku tak rasa pun macam 27 tahun...
macam 21 hahahahhha...so swweeettttttt....hahahahah

ape-ape pun aku bersyukur dengan kurniaan Allah swt yang telah diberikan kepada aku...
semua yang aku peroleh hari ni adalah kurniaan Allah....syukur sangat-sangat....


apa lah hadiah en suami akan bagi kat aku... heheheheh

Friday, February 3, 2012

MAULIDUR RASUL

Assalammualikum....

Entry kali ni saya nak kongsi mengenai Maulidur Rasul....Pada 5.02.2012 ( 12 rabiul Awal 1433 Hijrah) kita akan menyambut Hari Keputeraan Nabi besar Junjungan kita Nabi Muhammad SAW....

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

oleh itu marilah kita bersama-sama berselawat keatas Nabi Muhammad pada hari itu....kalau boleh hari-hari bukan sekadar hari Maulidur Rasul saja. semoga kita semua mendapat syafaat.


yang baik itu datang dari Allah SWT

yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya....

wassalam.....

*** sumber Wikipedia***




Thursday, February 2, 2012

SAYAP AYAM BAKAR.....

okeylah...entry kali ni nak citer...pasal mengidam orang mengandung nie....
kalau dah mengidam tu memang nak juga...seboleh bolehnya....kalau tak dapat memang menangis bagai nak rak....macam tu lah aku...

semalam aku teringin sangat nak makan sayap ayam bakar yang orang sabah buat...adoiiiii...mana nak cari tak kan nak g sabah kottt....agak-agak la juga kan....kalau di sabah tak payah tunggu pasar malam baru nak beli...hari-hari ada jual kat kedai2....kalau orang sabah tau la tu....


jadi semalam cakaplah dengan suami...sayang tolong beli sayap ayam 5 buntuts ayam 3....hahahahah....banyak nye nak makan....
pergilah suami ni pasar malam yang aku suruh pergi tu namanya pasar malam sentosa....
asben aku turun dari rumah pukul 7 ptg....pas tu aku tengok jam pukul 8 mlm tak balik lagi...aku dah naik hairan...8.30 mlm tak balik lagi...nak kol tak ada kredit...jam 9 malam baru sampai rumah....tanyalah..."sayang kenapa lambat?" dia cakap pasar malam sentosa tutup...mungkin sebab hari wilayah...owhhh ok...bolehlah diterima alasan tu...dia cari sayap ayam sampai pasar malam ampang...fuhhhhh jauhhh tu...tapi demi penuhi keinginan isteri terchenta sanggup pergi walaupun jauhhh...terima kasih sayang.....

walaup bagaimana pun, sayap ayam tu tak sedaaaappppp.....aku pun tak tau nak cakap macamana...aku nak orang sabah juga yang buat....tapi aku telan juga...kalau tak laparr....
sedey juga lah.....huaa huaaaaa huaaaaa......bersyukur bersyukur mimi....

tapikan sebenarnyakan...pasar malam sentosa tu bukan tutup tapi memang tak buka hari rabu hanya buka hari Khamiss....hahahahahha......kami silap harii......hahahahhaha...moral of the story lain kali tanya orang keliling...jangan memandai...hahahahahahha.....geli plak hati aku...
kesian suami aku mengunggang motor jauh2...


p/s: terima kasih sayang sebab sanggup cari walaupun jauh.....nasib baik tak g cari kat kk....hihiih

Wednesday, February 1, 2012

JALAN-JALAN MELAKA

okeylah entry ni sepatutnya kena tulis bulan lepas lagi sebab bulan lepas kami sekeluarga cuti-cuti malaysia kat negeri Melaka bandaraya bersejarah....
apa taknye dua minggu berturut-turut kami g melaka....sampai aku dah tak leh nak telan ikan bakar,asam pedas sebab hari2 makan ikan bakar dan asam pedas....tapi ape-ape pun ikan bakar dekat umbai memang sedap dan asam pedas melaka memang sodaaaaapppppp......
minggu pertama kami ikut team My Tv3...terima kasih kat abang ipar abang Afiq yang bawa kami sekali join Team My TV3....pergi Melaka Wonderland Theme Park...memang bestt dan enjoyyyy!!!!.... lepas dari sana petang tu kami makan ikan bakar kat Umbai....memanggg sedaaaaapppp makan ikan bakar kat sana....

minggu kedua...
kami pergi melaka lagi tapi kali nie sebab office en suami buat family day... kami tinggal kat garden city apartment... tapi yang tak bestnya masa tu la aku alahan teruk...ade ke patut sakit perut...isk isk...tapi lepas jer okey apa lagi aku dan aisyah mandi kolam sakan laahhh...hahaahahah..best best...kami kat sana sampai ahad... pas tu sambung balik kg plak...ke Terengganu...fuuuhhhhhh....jauuhh...dan nama cuti-cuti malaysia jadi jalan-jalan lahkan....hahahahah...

okeylah jooommm kte layan gambar-gambar yang tak seberapa ni....