rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Monday, March 26, 2012

RUMAH SENDIRI ATAU KUARTERS


(rumah yang bakal di duduki)

hai....saya dalam delima...mula2 tak adalah la delima sangat tapi bila asyik fikir boleh jadi delima....heheheheheh....

saya sudah konpius nak duduk rumah sendiri atau duduk rumah kuarters...

rumah sendiri dah nak siap dah kalau tak ada aral melintang bulan 4 ni dah boleh masuk....
lepas tu suami saya ni plak boleh pikir nak pindah kuarters lain sebab dah ada kuarters juga....
jadi saya pun fikir...kalau duduk kuarters rumah tu boleh bagi sewa sebab sewa rumah tu pun boleh tahan juga dari harga dulu boleh sampai 2 kali ganda dengan kemudahan yang ada dan kedudukan yang kat tengah2 kl tu....
lepas tu kalau duduk rumah kuarters tak boleh nak buat macam rumah sendiri nak cat nak renovate, nanti kalau nak pindah kena angkat barang lagi pas tu kena potong elaun cola n perumahan....mmmmmm.....

kena bincang lagi apa kebaikan dan kekurangan....mmmmmm...
berbelah bagi rasa....kena buat istiqarah nie....

Tuesday, March 20, 2012

Perlukan Percutian....


okey...sekarang nie saya selalu tanya encik suami... "sayang bila kite nak g bercuti....."
kenapa saya tanya...suami saya bekerja 7 hari seminggu...semalam die mengadu sakit kepala dan penat, saya bagi cadanganlah jum la kita gi bercuti dah lama dah tak g cuti-cuti malaysia... saya ajak die g cameron highlands...cejuk cikit...saya tau suami saya bekerja keras untuk kami sekeluarga...terima kasih sayang.... jadi tolonglah pertimbangkan permintaan isteri mu ini....hihihih

Friday, March 16, 2012

AISYAH NAK MAKAN SENDIRI



JUM LAYAN VIDEO NI.....

aisyah owhhh aisyah sayang mami

senyum nampak gigi 2 batang


Pertama sekali aku nak ucapan syukur keHadrat Ilahi...Alhamdullilah aisyah semakin hari semakin sembuh..semoga anak mami cepat-cepat sihat dan membesar menjadi johan...(bukan johan raja lawak okey) heihihihi...

minggu lepas adalah minggu yang agak stress bagi aku, apa taknya dengan aku kurang sihat aisyah lagi demam panas sampai 38-39 suhu badan die...jadi mak mana yang tak risaukan...aku sangat risau. demam panas bukanlah benda yang boleh di pandang ringan bagi anak-anak kecil walaupun dia dah berumur 7 8 tahun...demam panas ni sangat bahaya....semoga dijauhkan dari penyakit dan musibah...aminn...

bila aisyah sakit demam aku dan laki memang tak boleh nak tido. sebabnya aisyah asyik nak merenggek jer...kesian sangat. aisyah hanya nak baring kat atas badan ayah atau badan mami. kami g klinik sampai 2 kali.pertama kali g klinik suhu badan masih tak turun-turun, padahal dah lap2 guna air suam lepas tu bagi mandi, pukul 3 pagi pun bawa aisyah g mandi.kepala dia sangat panas, aku letak air asam la kat kepala tak juga kebah-kebah. bertambahlah kami risau. jadi esoknya kami bawa sekali lagi ke klinik yang lain, g klinik ni kena bagi masuk ubat bontot...menangisnya ya Allah...hanya Tuhan jer tahu hati aku ni sedey macaman die menangis. Nasib baik suami ada tolong pegang.

demam kali ni aisyah sangat cerewet,silap cikit jer die nangis tak kena jer die nangis. sampai aku pun tak tau kenapa dan apa yang dia nak sebenarnya. lepas tu dek terlampau menangis sekali aku ternampak ada gigi atas baru nak tumbuh...dalam 3 batang juga la...dalam hati aku.owhh patutlah die tak selesa rupanya gigi nak tumbuh. yer la kalau kita org tua pun kalu tumbuh gigi geraham yang last tu pun boleh sakit kepala, apa tah lagi budak yang baru setahun lebih lagi lah sakit dan rasa tak selesa.

sekarang ni aisyah dah pandai banyak benda... dah boleh sebut ayaaahhhh ayaahhh pas tu pandai ajuk cakap orang, hahhahaha....pas tu dah pandai panjat2 gril rumah....sangat bahaya....kena selalu pantau. orang tua-tua cakap kalau budak demam ni ada lah tu benda baru yang dia nak pandai....hehehehe...mungkinlah bole pakai kata-kata ini..heheheh...

apa-apa pun mami dan ayah sangat sayang aisyah...tunggu adik keluar nanti aisyah main dengan adik yer sayang....muahhhhh....

buah hati ayah


buah hati mami


love aisyah....

Thursday, March 15, 2012

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia


  1. 428 Universiti Putra Malaysia
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia
  3. 464 Universiti Sains Malaysia
  4. 596 University of Malaya
  5. 626 Universiti Teknologi MARA
  6. 891 Multimedia University
  7. 1222 Universiti Malaysia Sabah
  8. 1341 Universiti Malaysia Perlis
  9. 1411 International Islamic University of Malaysia (UIA)
  10. 1598 Universiti Teknologi Petronas
  11. 1687 Universiti Tenaga Nasional
  12. 1734 Universiti Utara Malaysia
  13. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman
  14. 1838 Universiti Malaysia Terengganu
  15. 1842 Universiti Malaysia Sarawak
  16. 2127 Universiti Malaysia Pahang
  17. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia
  18. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  19. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. 2922 Open University Malaysia
  21. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. 4083 International Medical University
  23. 4232 Taylor’s University College
  24. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  25. 4566 National Defence University of Malaysia
  26. 4644 University of Nottingham Malaysia
  27. 4852 UCSI University
  28. 4977 Monash University Malaysia
  29. 5012 Malaysia Theological Seminary
  30. 5074 Universiti Kuala Lumpur
  31. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  32. 5931 Universiti Industri Selangor
  33. 6045 Selangor International Islamic University College
  34. 6075 Al Madinah International University
  35. 6163 Wawasan Open University
  36. 6343 Universiti Tun Abdul Razak
  37. 6482 KDU College
  38. 6607 Universiti Malaysia Kelantan
  39. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  40. 6978 Help University College
  41. 7018 Sunway University College
  42. 7031 INSANIAH University College
  43. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  44. 7361 Segi College
  45. 8058 Malaysian Institute of Management


sumber: berita semasa

Wednesday, March 14, 2012

AIR GULA-MGGT


okey dah lama tak coret-coret kat sini...heheheheh

kali ni aku nak share pasal pengalaman mengandung lagi...hari ni aku cek up aku kena minum air gula...bukan suka-suka tau minum air gula ni..bagi yang tak tahu air gula ni bertujuan nak tau mummy tu ada kencing manis ke tidak...dulu biasanya golongan yang minum air gula ni kalau mummy tu naik berat badan yang mendadak atau baby dalam perut besar dari biasa....tapi sekarang ni...siapa yang berumur 25 tahun dan mengandung wajib kena minum air gula...huhuh..nasib la...

ni pengalaman kali ke-2 aku minum air gula...dulu anak pertama pun aku minum air gula juga...perasa oren..tapi kali ni tak ada rasa....rasa manis melulu...huhuh...nak termuntah aku... dengan perut yang kosong dari semalam sebab berpuasa dari jam 10 malam sampai pagi tadi....
tapi pengalaman kali ni memang berbeza sebabnya aku kena cucuk jarum nak ambil darah tu sampai 6 kali...huaaaaaaaaa...nak menangis rasa sebab sakitttt wwwoooo...cucuk kat lengan kanan 3 kali tak keluar juga darah...cucuk kat lengan kiri sekali tak keluar juga darah...cucuk kat pergelangan tangan kanan pun tak keluar juga darah...cucuk kat pergelangan kiri barulah keluar darah tu pun lambat sangat darah tu nak keluar...dengan air mata sekali keluar...hua....memang aku mengelabah dan sangat takut...ngeri ok....

tapi ape-ape pun air gula tu adalah sesuatu yang sangat tidak sedap....hua hua hua...
aku harap-harap result darah aku ari ni baguslah sebab minggu depan baru result keluar...aminnn...