rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Sunday, April 10, 2011

MENJADI IBU BAPA YANG BERILMU

salam ibu-ibu...sudah lama tidak menaip didalam blog ku ini...

Di hari minggu yang aman dan damai ini, ingin berkongsi serba sedikit pengalaman....
9.04.2011 sudah genap Aisyah Qaisara 5 bulan...tak lama lagi aku akan berjaya dapat diploma kerana berjaya memberi penyusuan eksklusif kepada anak kesayangan. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sepanjang tempoh 6 bulan itu. Sebagai seorang ibu,isteri,anak dan pekerja banyak perkara baru yang perlu di timba dan di pelajari. Apa yang paling penting adalah sokongan suami tercinta. Suami adalah insan yang paling banyak bagi semangat kepada diri ini tanpa dia mungin semua ini tidak berjaya. Mudah-mudahan aku akan berjaya memberi yang ekslusif kepada puteri tercinta. Aku bersyukur kepada Allah swt yang memberi kemudahan dan murahkan rezeki kami sekeluarga.aminn...

aisyah sekarang dah pandai menjelajah sekeliling rumah...semakin aktif,syukur alhamdulillah...
baru 5 bulan aisyah dah pandai menyusur, berguling kiri kanan....sangat cepat belajar anak aku ini. mudah-mudahan cepatlah dia belajar sesuatu yang baru.

apa yang paling best aku rasa adalah apabila dapat beli breastpump baru iaitu spectra dew 350...terima kasih en suami azmanizam kerana menyokong breastfeeding...mula-mula aku nak spectra dew 300 tapi suami offer nak suruh ambik spectra dew 350 jadi aku pun setuju....sangatttt suka....NUK E Motion aku tu simpan standby guna untuk travel...
Aku niat untuk menyusukan anak aku sampai umur 2 tahun semoga berjaya...amin...

7 hb baru2 aku telah ke sabah untuk waktu lawatan ke office cawangan, amatlah sedih dan pilu kerana terpaksa tinggalkan anak aku aisyah...alhamdulillah aku telah meninggalkan banyak stok EBM. Ada dalam 50 oz aku tinggalkan untuk 2 hari 1 malam...alhamdulillah cukup....di samping itu juga aku tidak lupa untuk pam susu untuk di bawa balik....alhamdulillah aku dapat dalam 40 oz...sepanjang berada di sabah aku sentiasa pam sebab aisyah tak ada jadi susu kerap penuh...aku sangat bersyukur kerana dapat bawa balik susu untuk gantikan stok yang aku telah bagi sepanjang aku di sabah.

perkara yang paling aku banggakan adalah apabila suami tersayang dapat menjaga aisyah dengan baik dan baik dan baik...nasib baik tak jadi zomba...hehehehe terima kasih en azmanizam suami tersayang kerana banyak membantu....

menjadi ibu bapa ni bukanlah perkara yang mudah, banyak perkara yang perlu di pelajari jangan membesarkan anak dengan membabi buta sahaja. Takut tersalah didikan ibu bapa yang akan di salahkan. Orang tak akan cakap " haaa...ni salah nenek die la ni"..."haa...ni salah jiran die la..." tapi apa yang akan orang cakap "haa...ni salah mak bapak dia la tak pandai ajar..."seeeee siapa yang disalahkan mak bapak juga...jadi sebagai ibu bapa kita mesti wajib penuhkan dada kita dengan ilmu sebanyak mungkin....

ok la itu saja buat masa nie...

No comments:

Post a Comment