rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Sunday, March 6, 2011

BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM

Hai semua....di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk meletakan susu perahan ibu-ibu sekalian...
mungkin ada ibu-ibu yang baru nak belajar menyimpan susu yang telah diperah dan disimpan untuk buat stok...
ada pelbagai cara dan bekas untuk menyimpan susu perahan ibu. di sini saya konsikan beberapa tip untuk menyimpan susu perahan ibu.
pilihan yang terbaik untuk menyimpan susu perahan:

  1. mengunakan botol kaca atau bekas plastik yang berkualiti tinggi contohnya tupperware dan penutup yang kedap.
  2. bekas plastik yang bebas daripada BPA
  3. bekas plastik yang digunakan hendaklah dipanaskan dalam air panas,di cuci dengan bersih, dan dikeringkan sebelum guna
  4. jangan penuhkan bekas tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 1 inci untuk memberi ruang susu mengembang ketika di bekukan
  5. menggunakan bag plastik yang direka khas untuk menyimpan susu perahan ibu.
  6. masukkan 60-120 ml susu dalam setiap satu-satu bekas (mengikut keperluan bayi anda) ini untuk mengelakan pembaziran berlaku....mcm saya la bagi banyak sampai 5 OZ pas tu tak habis minum kena buang jer...sayanggg
tambahan:
penggunaan plastik bag sebenarnya tidak digalakan tapi oleh sebab peti ais pun 1 pintu jer jadi nak jimat ruang kena juga la...tapi jangan la guna sampai 2 3 kali...guna sekali jer okey ibu2...

antara kelemahan penggunaan bag plastik ni ialah
  • mudah bocor...heheheh saya da terkena benda ni sekali...maksudnya kena bagi 2 lapis plastik tu untuk elakkan bocor dan ikat kuat2.
  • ade sesetengah bag plastik bole merosakan nutrisi susu ibu jadi pilihlah yang BPA free ok ibu-ibu
  • pesan kepada penjaga atau pengasuh bayi kita supaya tidak merendam bag plastik yang mengandungi susu kedalam air panas, sila tuang ke dalam botol susu sebelum rendam ok kerana perbuatan ini bole merosakan kandungan nutrisi susu.
jika benda2 ini berlaku kena la buang susu tersebut dengan cara yang baik seperti buang ke pasu bunga...

cara penyimpanan susu perahan ibu amatlah penting kerana kita nak kekalkan nutrisi yang ada didalam susu ibu tersebut. sebelum ni pun saya menggunakan bekas dadih tapi hanya gunakan sekali sahaja. kemudian barulah saya gunakan bag plastik khas untuk simpan susu ibu. lagi menjimatkan ruang. saya juga membeli botol plastik khas untuk menyimpan susu ibu yang BPA free.

ok lah ibu-ibu sekalian....ini adalah ilmu yang sayan ingin kongsi bersama...





Ini adalah bekas-bekas yang saya guna untuk simpan susu perahan

No comments:

Post a Comment