rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Sunday, April 10, 2011

MENGATASI BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSU

HAI MOMMY SEMUA...

saya baru terbaca dalam pa&ma tentang penyusuan susu ibu bantu atasi muntah.... saya pernah dengar dan pernah juga mengalami baby termuntah atau terjeluak lepas menyusu so saya nak share ckit pasal hal ini....

bayi biasanya termuntah sedikit kerana:
  • sistem penghadaman bayi masih belum matang. seperti yang kita sedia maklum perut bayi sangat kecil sebab tu jangan diberi makan bawah usia 6 bulan ke bawah. isi kandungan dalam perut mudah naik ke esofugos iaitu tiub yang menghubungkan perut dan mulut.
  • bayi menyusu terlalu banyak, ini mungkin bayi terlalu agresif atau payu dara terlalu penuh.
  • perhatian bayi teralih semasa menyusu atau meragam bila menyusu,dia akan menelan lebih banyak udara dan muntah dengan lebih kerap.
terdapat 10 tip penyusuan untuk meminimumkan muntah yang disediakan oleh pakar laktasi RITA RAHAYU OMAR dalam majalah pa&ma....
  1. sasarkan unyuk penyusuan dengan kerap.setiap kali bayi memberi isyarat mahu menyusu.penyusuan yang sedikit tetapi kerap melancarkan proses penghadaman.
  2. cuba menyusukan bayi dengan posisi semi-upright atau duduk mahupun berbaring. jadi perut bayi bersentuhan dengan perut ibu.
  3. jika bayi kuat meragam,kerapkan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin)
  4. pastikan bayi melekap dengan baik untuk mengurangkan bayi menelan udara terlalu banyak.
  5. biarkan bayi menghabiskan sesi penyusuan di sebelah payu dara (dengan menunggu dia menolak puting atau tertidur) sebelum menawarkannya sebelah payu dara lagi. Janagan sesekali mengganggu bayi sedang aktif menghisap. Kekerapan melakukan perbuatan ini boleh menjadi punca muntah berlebihan.
  6. Galakan bayi menghisap payudara ( bukan untuk mendapatkan nutrisi memandangkan penghisapan seperti ini boleh mengurangkan keradangan dan meredakan pedih ulu hati)
  7. elakan pergerakan kasar atau pantas selepas bayi selesai menyusu. dia akan lebih selesa jika disendawakan dengan lebih kerap.
  8. perhatikan bayi dan ikut isyaratnya dalam menentukan apa yang terbaik untuk mengatasi simptom refluks.
  9. kurangkan atau singkirkan kafein dalam diet harian ibu-ibu. kafein berlebihan akan menyebabkan refluks pada bayi.
  10. elakkan menekan abdomen bayi. ini akan meningkatkan refluks dan ketidakselesaan. bayi seharusnya berpakaian longga. malah lampin yang dipakainya juga perlu longgar.
itu adalah antara info yang bole kita kongsi bersama.

kredit untuk majalah pa&ma bulan april 2011...

No comments:

Post a Comment