rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, July 29, 2011

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN

…Assalammualikum…

InsyaAllah hari isnin ni 1 Ogos 2011Bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma….

Sudahkah kita persiapkan diri kita dengan Ibadat Puasa ini???

InsyaAllah kita akan menjalani Rukun Islam ketiga ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan…amin

Mungkin ada diantara kita yang sudah mula berpuasa pada bulan Rejab…

Ya itulah sebaik-baiknya untuk melatih badan kita dapat bersedia dengan kedatangan Ramadhan…

Taklah badan kita terkejutkan….

Puasa tahun lepas aku berpuasa dalam keadaan mengandung….ingatkan nak puasa penuh

Tapi ada juga tertinggal 7 hari….

Dan pada tahun ini aku berpuasa sambil menyusukan anak….semoga Aku kuat untuk menghadapi saat itu…

Berpuasa sambil menyusukan anak ni adalah satu yang sangat mencabar…

Apa tidaknya lepas pam mesti rasa lapar….lepas menyusukan mesti lapar….HUHUHUHUHU

JADI APA YANG PERLU KITA SEBAGAI IBU MENYUSU LAKUKAN UNTUK KUAT MENGHADAPI SEMUA INI….

*******************************

Okey saya nak share sedikit tips berpuasa bagi ibu menyusukan dan mengandung…..

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan.

Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa,

air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing,

jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi.

Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi,

dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.

#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#

Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.

Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.

Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.

Terasa loya dan ingin muntah.

Rasa menggigil.

Berasa lemah dan sakit otot.

Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

PERGERAKAN ANAK TIDAK NORMAL

Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak.

Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

Banyakkan pengambilan cecair

Makan buah buahan,sup dan makanan yang berkuah yang mengadungi air

Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel

Mengambil Vit C

Berehat secukupnya

Mengambil minuman isotonic

Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,susu,oat dan sebagainya

JANGAN TERTINGGAL SAHUR. INGAT TU SANGAT PENTING SAHUR. LAGIPUN SAHUR ITU SUNAT

Banyakkan bertenang

Mengambil supplement yang boleh kekalkan tenaga

CUBA makan dan minum SEDIKIT SEDIKIT dan KERAP pada waktu malam

BANYAKKAN SESI MENYUSUAN (DF) DAN MENGEPAM PADA WAKTU MALAM & SAHUR

Bawa sebotol air semasa tarawih dan minum sikit sikit

Banyakkan berdoa dan BERFIKIRAN POSITIF

Walaubagaimanapun, seseorang inu yang menyusukan atau mengandung harus sedar dengan keistimewaan yang Allah swt berikan dalam menjalani ibadah puasa,

Yakni Rukhsa atau keringanan sekiranya menhgahadapi masalah.

Bukanlah sesuatu yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui,

Kerana ‘Hadiah’ dari-Nya sudah disediakan dan anak itu lebig diutamakan haknya.

Jangan berasa bimbang dan rasa bersalah bila terpaksa berbuka

(DENGAN SEBAB SEBAB TERTENTU DAN KUKUH BUKAN SENGAJA BERBUKA DENGAN MENJADIKAN ALASAN MENGADUNG & MENYUSUKAN)

Kerana kemuliaan seorang ibu yang diberikan oleh-Nya,

Hak anak lebih diutamakan.

Tidak ada faedahnya sekiranya ibu bertegas untuk berpuasa tetapi memudaratkan diri dan anak kehausan dan kelaparan.

Walaupun bagaimanapun, lakukan semuanya bagi mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia

<><><><><><><><><><><><><><><>

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT

&

Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma

Saya mohon ampun dan maaf kepada

Suami (azmanizam aziz)

Mama dan abah (JamilahAbd Majid & Zulma Jusoh)

Mak dan Abah mentua (Fatimah Sulong & Aziz Mat Dom)

Adik-adik ( Mimi Noorshila,mimi noorsharfella,mimi noornabila & mimi noorermizan)

saudara mara semua

sahabat andai semua

semoga kita dapat menjalani Ibadah Puasa ini dengan penuh kekuatan keimanan dan ketakwaan

amin…..


sumber google

No comments:

Post a Comment