rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Friday, September 16, 2011

WARNA NAJIS BAYI ANDA???? WARNA APAKAH??


salam ibu-mami-emak-mama

oleh sebab malam ni saya tak boleh tidur jadi saya terbaca dalam majalah pa & ma bulan ogos 2011...
okey lahh... saya terbaca mengenai najis baby....bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti tidak tahu mengenai najis baby...macam aku juga la, pertama kali dapat baby aku hairan najis anak aku warna hitam....hehehhehe...yer la tak pernah tengok najis baby baru lahir kan....
mengikut artikel yang aku baca.....
baby yang menyusu susu badan tanpa makan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang 4 kali sehari. namun jika bayi membuang air besar sekali sehari ia juga dianggap normal. Juga pastikan najis bayi lembut, mudah keluar dan tidak keras.
manakala bagi bayi yang menyusu susu formula, perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelakan sembelit. begitu juga dengan warna najisnya akan berubah warna.

JENIS JENIS NAJIS BAYI


HITAM KEHIJAU-HIJAUAN DAN MELEKIT

anda mungkin terkejut apabila melihat warna najis pertama bayi ketika menukar lampinya. Apa tidaknya, najis berwarna hijau kehitam-hitaman dan melekit. Ini bukan petanda anak mempunyai masalah. Ia sebenarnya adalah normal. Apa yang ibu ibu lihat itu adalah mekonium. Ia adalah najis dalam keadaan hijau kehitam hitaman. inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu. najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus tiada gangguan dan dapat menegeluarkan najis dengan sempurna.

** jadi ibu-ibu bapa-bapa janganlah panik bila melihat poo poo bayi anda jika berwarna sedemikian. itu adalah normal.....


KUNING PUCUK PISANG GELAP

selepas 24 jam pertama semua mekonium dikeluarkan. kemudian anda akan melihat perubahan kepada warna najis bayi iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap. Ada juga berkemungkinan mengandungi kesan darah. ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin. Untuk mengelakan sebrang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk ditunjukkan kepada doktor.


NAJIS HITAM

jika bayi anda minum susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron, najis berkemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitamdisebabkan tindakbalas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat. Jika bayi anda mempunyai najis berwarna hitam dan tidak mengambil sebarang vitamin, atau susu formula yang mengandungi iron segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



KUNING

warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan susu ibu sahaja tanpa campuran susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik ( susu bahagian payudara ibu) dan hindmilk (susu dari payudara belakang). Anda tidak perlu risau jika najis cair. Ini kerana bayi menlakukan penyusuan secara ekslusif daripada ibunya.

## najis aisyah semasa satu hingga enam bulan warna inilah....kuning... bila dah mula makan solid food...warna poo poo die dah ikut warna makanan yang saya beri...kalu bagi makan carrot jadi oren, makan buah naga, jadi merah....makan sayuran hijau jadi hijau...hehehheheeh....


saya hanya berkongsi ilmu yang saya peroleh...jika ada tersilap ke ape ke...mohon maaf...dan jika nak tau keterangan lanjut perlu bertanya dengan doktor okey....
kredit untuk majalah Pa & Ma....

sharing is caring mummy2 semua.....

okey nanti bertemu lagi....

No comments:

Post a Comment