rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, May 26, 2011

ASID LAURIC dlm MINYAK KELAPA DARA





INFO : Asid lemak(fatty acid) di dalam MINYAK KELAPA DARA adalah asid laurik( lauric acid) sejenis asid lemak yang berantai sederhana (medium chain fatty acid) yang bersifat anti-virus, anti bakteria dan anti protozoa. Apa medium chain fatty nih? Dalam bahasa mudahnya, asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa ini memiliki khasiat serupa dengan susu ibu. Susu ibu mengandungi asid lauric. unsur yang berfungsi memberi ketahanan (immune) kepada bayi yang menyusu ibu.

Selain meningkatkan fungsi tiroid dan meningkatkan metabolisma badan, asid laurik dalam minyak kelapa telah terbukti bersifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat, oleh itu ia meningkatkan sistem imun dan mengawal kesihatan badan. Asid laurik membantu badan melawan infeksi bakteria, termasuk strep, jangkitan virus, termasuk HIV dan herpes, parasit seperti giardia dan infeksi kulat candida.

Dalam kajian 1999-2000 oleh Dr Conrado S, Dayrit,M.D., mengenai pesakit HIV, beliau merumuskan bahawa minyak kelapa mempunyai kesan anti-virus dan ia “boleh memanfaatkan pesakit HIV dengan mengurangkan beban virus”.

Dengan menggunakan minyak kelapa dalam diet harian dapat membantu menyahkan virus dan mencegah penyakit.

Ada jenama minyak kelapa yang menyatakan ia tinggi asid laurik, tetapi hakikatnya, semua minyak kelapa dara mempunyai lebih kurang 50 peratus lemaknya adalah dari asid laurik, dan paras kepekatannya beruabah sedikit dari baj ke baj yang berlainan. Oleh minyak kelapa yang terbaik ialah minyak kelapa DARA, organik dan tulin.

VCO mengandungi asid lemak baik untuk keperluan badan

  • VCO mengandungi rantaian asid lemak sederhana panjang (medium chain fatty acids-MCFAs) seperti laurik (C-12), kaprilik (C-8), kaprik (C-10) dan miristik (C-14). Asid laurik boleh didapati dari susu ibu dalam bentuk monolaurin dan ia mempunyai aktiviti ANTIVIRUS.
  • Manakala asid kaprik dalam VCO menunjukkan aktiviti ke atas Herpes-Simplex-2, Chlamdia dan HIV-1.
VCO untuk rawatan kulit - kekalkan kemudaan kulit
  • Ia sangat berkesan ke atas eczema (sejenis sakit kulit) yang sukar sembuh menggunakan rawatan konvensional
  • pelembap kulit yang bagus
  • mengekalkan kulit muda dan melambatkan proses penuaan dan kedutan
  • berkesan merawat kulit kepala

VCO meringankan badan dan mengurangkan berat badan
VCO melawan infeksi - menjadikan sihat dan kuat
VCO menggalak penghasilan tenaga - kekuatan dan kecergasan
VCO penggalak sistem imun - membantu menghindar penyakit
VCO merngsang fungsi tyroid - membuat bertenaga dan aktif
VCO baik untuk jantung

Nota: VCO dihasilkan tanpa menggunakan haba iaitu secara biotek.

P/S: so jgn risau bg ibu2 yg menyusukan bayi.. tiada kesan sampingan dengan pengambilan VCO CATALYST .. so jom la try :) 4 ur health & beauty

sumber en yahoooooo......

No comments:

Post a Comment