rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Thursday, October 13, 2011

ANGIN KUS KUS KAH?????



lama rasanya tak update blog aku nie.... idea ada tapi malas yang amat.....hahahahha lagi satu aku sejak dua menjak nie kurang sihat....manyak angin dalam badan maaa.... aduiiii kalu citer pasal angin nie memang susah lah... sakit giler badan aku.... 2 hari lepas baru jer aku g berurut memang best la...tapi tu la angin ni memang dah lama bertapa dalam badan aku jadi susah nak hilang kena 2 3 kali juga la g berurut..... sakit memang sakit lah tapi best juga akak tu urut...habis keluar angin aku... tapi bukan dari b**^$ tapi dari mulut...hahhahahhahah okey lah apa itu angin sebenarnya.... setelah aku cari kat en goggle baru la aku tau apa itu angin dalam badan.... memang macam "saka" lah....apa tak nya sebab di duduk kat badan kita kan...hahahahaah..."saka " la tu.....jangan pikir bukan2 plak....hehehehheh


***ANGIN***

Angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin badan ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah angin dalam badan ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya. Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.


mengikut dengan penerangan diatas ni ada sesetengah jenis makan yang kene elak makan supaya badan tak ada angin....tapi aku ni bedal jer...jadi mcman nak hilang angin-angin tu....aduiiiyaiiii....

lepas tu aku plak kalau makan tak kunyah...terus telan...makan telan makan telan...jadi makanan tu ta hadam dengan elok...jadi bila aku nak BERUBAH ni...makan kunyah telan makan kunyah telan.....heheheheh....ni makan macam pirana lapar....muahahahahah

okey lah moral of the story is....

kena jaga makan.....kena tukar tabiat pemakanan tu juga...

apa-apa pun faktor pemakanan tu lah yang sangat mempengaruhi sistem dalam badan kita nie....jadi mimi BERUBAHLAH..... sebelum kau BERUBAH MENJADI HIJAU....HAHAHAHAHAAH.....


bestnya kalu dapat berurut macam nie....

P/S-- badan kecik tapi angin.....hanya tuan badan jer yang tahu...muahheheheheh

No comments:

Post a Comment