rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Tuesday, January 31, 2012

....bye bye january welcome february...


hari ni dah 31 januari 2012...
cepat sungguh masa berlalu...
esok 1 februari...
esok cuti hari wilayah persekutuan...yeaaahhhh
aku suka bulan februari....sebab bulan februari manyaakkk cutiii woooo....
pas tu yang paling best 9 Februari adalah besday ai okey.....
pas tu dalam bulan februari ada hari cinta ....tak sambut pun hari itu....(bukan budaya kita...tak sesuaiii)
agak-agak apalah hadiah aku dapatkan sempena besday aiii...huhuhu...


Monday, January 30, 2012

TAHNIAH AWAN NANO

Semalam Anugerah Juara Lagu ke 26 kami kat rumah pun layan la juga..
ape-ape pun tahniah kepada Lagu Awan Nano yang telah menjadi juara....Tahniah Dato M Nasir, Budi Hekayat dan Hafiz...
lagu ni memang best....
tahniah juga kepada gabungan 3 suara jad naib juara dengan lagu seribu sesalan dan juga kepada Faizal Tahir dengan lagu Karma mendapat tempat ke-3....
Tahniah juga kepada lagu Kisah hati dari Alya yang menang kategori persembahan terbaikk....aku suka dengan baju alya semalam tu sangat cantikkk.... wuhuuuu... kebanyakan persembahan semalam memang terbaikk laa....aku dengan aisyah boleh joget-joget lagi jap...hahahahah


Friday, January 27, 2012

rumah ku syurga ku

bila nak pindah rumah baru sendiri nie...sabar...sabar..sabar...
tak sabar nak deco2 rumah sendiri...

Wednesday, January 18, 2012

9 Kelebihan Ibu Mengandung

nak share ngan kawan-kawan yang nak mengandung,sedang mengandung,sedang menyusukan anak....semoga kita dapat manfaatkan bersama....

9 kelebihan ibu mengandung

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Ally Iskandar dan Farah Lee


foto sumber ( google )

semalam masa balik dari offfice dengar la radio Hot FM....
kebetulan plak dj suraya tu tengah citer pasal gosip-gosip artis....
jadi die citer pasal Ally Iskandar....sape tak kenal pengacara MHI Ally Iskandar tu kan....
aku bukan nak citer pasal gosip die...tapi aku sukalah cara die cakap pasal perkahwinan dia dengan Farah Lee tu...so sweetttttt....sweet like candy lolipop.... die cakap mereka tak sempat bercinta tapi terus nak bernikah....atas sebab Farah tu masih study kat Korea...tak kisahlah...cinta pun boleh di pupuk dan disemai lepas kahwin....diorang di kenalkan oleh ahli keluarga, dua-dua pun orang terengganu....lepas tu ucapan die pun nak sampaikan kat Farah Lee tu pun....sempoi jer...tp penuh bermakna....huhuhu....
Ally Iskandar dan Farah akan bernikah hari Jumaat (20.01.2012) nie kat Terengganu....aku doakan semoga masjid yang mereka bina ini akan berkekalan hingga ke syurga.....

lepas jer dj hot fm tu interview die pasal perkahwinan diorang pun putar kan lagu ni....lagu yang Ally Iskandar request nak tuju kat bakal isteri dia....




memang sesuaiii..laaa....semoga ini la cinta yang dicari.....

Monday, January 16, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA...MELAKA WONDERLAND


okeylah...entri kali ni nak citer pasal cuti-cuti malaysia...
sabtu minggu lepas kami sekeluarga bercuti-cuti kat MELAKA WONDERLAND...
bestlah juga...kami pergi kesana bersama ahli MYTV3....terima kasih kat abang ipar dan akk ipar yang sudi ajak kami sekali berjimba-jimba dekat taman tema air nie...memang best aisyah pun bukan main lagi suka sakan die...
gambar2 pada hari tu nanti saya upload kan....

Wednesday, January 4, 2012

...MENGIDAM...

okeylah entri kali ni nak share sikit....
sejak-sejak mengandung ni aku mengidam macam macam....
aku rasa biasalah tu kan bagi mana-mana wanita yang mengandung akan mengidam....

okeylah...cakap pasal mengidam ni...
hari tu tengah-tengah malam aku tetiba teringin nak makan nasi lemak alas daun pisang....hahahha




suami aku cakap mana nak cari tengah-tengah malam nie....kalau ada pun kat kg.baru jauh plak nak g beli...apa lagi belilah nasi lemak kat kedai mamak kat kawasan perumahan aku...heheheh nasib baik ada...
aku siap pesan..."sayang, kalau boleh awak cakap kat mamak tu, boleh tak letak daun pisang" hehehehe....pas tu asben aku cakap...."eeee...janganlah letak daun pisang, diorang dah manderam dah daun pisang tu" hahahahhahaah...alasan apa laki aku bagi ni....lawak.....khakhakha


lepas tu aku teringin nak makan durian...."sayang boleh tak saya makan durian,saya nak makan cikittttt jer"...."tak boleh,durian tu tajam dan panas,ingat2 cikit awak tu"....laki aku tak bagi makan durian...tapi setelah aku pujuk beberapa kali, semalam laki aku bawa balik beberapa ulas durian dari rumah mak die....sekali die buka bekas tupperway tu...huaaaa....aku terus nak muntah...aku tak boleh makan dan bau duriaaaannn.....huaaaa....aku tak suka bau duriaaannnn...sedeynyaaa tak boleh makan...aku gigit cikit jer kat hujung2...sbb aku tak tahan bau die....YANG AKU HAIRAN....sebelum ni aku boleh jer bau dan makan durian...adoiiii...sakitt hati aku dengan bau durian tu tetiba....kesian laki aku die dah bawa balik durian tu tapi aku tak boleh nak makan....terima kasih sayang melayan karenah bini awak yang sorang nie.....dulu masa aku mengandungkan aisyah, aku boleh jer makan durian....tapi TIDAK kali ini....huaaa....my peberettt tuuu....

okeylah itu la citer aku nak kongsi ngan korang semua....heheheheh
nanti aku share2 lagi citer ok....


sekarang dah 8 weeks...

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT DATANG TAHUN 2012


Sedar tak sedar setahun dah berlalu... dan kini sudah sampai tahun 2012.... Alhamdulillah hidup ini masih berterusan....aku hanya berharap aku dapat menjadi yang tebaik untuk kehidupan ini... menjadi isteri yang baik yang taat....menjadi mummy yang boleh mendidik anak-anak yang soleh dan solehah.... alhamdulillah tahun 2012 ni bertambah lagi rezeki kami, bertambah lagi ahli keluarga, dah besar keluarga aku..... aku tak minta banyak kat dunia ni...hanya hidup bahagia disamping insan-insan yang tersayang... aku bersyukur suami dan anak sentiasa berada disisi aku...merekalah warna warni dalam hidup aku...tanpa mereka hidup aku tak bermakna....aku sayangkan kalian....

tahun ni antara benda yang aku impikan.....

** pindah ke rumah baru (insyaAllah rumah yang kami beli tu akan kami duduki bulan 2 ni atau 3 rumah tu dah siap cuma tinggal nak dapat cf lagi....) itu kami dah lama kami tunggu 2 tahun lebih juga kot.....
** bekerja dengan ikhlas dan berdedikasi agar rezeki yang diperoleh lebih berkat....amin....
** membesarkan aisyah qaisara dengan lebih baik......(itu sudah tentu bukan tahun ni jer...tapi sampai bila2)
** menjaga kesihatan diri dan selamat melahirkan baby yang kedua ni dengan selamat....semoga Allah permudahkan segalanya...aminnnn...


itu jer yang aku inginkan....tak banyak pun...kalu bercakap pasal azam ni azam tahun2 sudah pun tak tercapai lagi, jadi baik aku terusakn jerlah azam tahun2 sudah tu...hahahahahahha okeylah itu jerlah ....nanti lagi aku update blog....