rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Sunday, March 6, 2011

Kebaikan Buah KIWI untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak

Hai mommy2 semua di sini saya nak share sikit tentang kebaikan buah kiwi. Terdapat 2 jenis buah kiwi yang biasa kita jumpa iaitu hijau dan kuning emas. Buah kiwi ni sangat tinggi nutrisinya...bagi ibu-ibu yang mual-mual rasa masam-masam manisnya bole melegakan di samping membekalkan kan nutrien nutrien yang lengkap kepada ibu-ibu dan bayi dalam kandungan.

antara kebaikan buah kiwi ialah:

  1. mempertingkatkan sistem imuniti- bagi ibu-ibu hamil pastinya mengambil banyak vitamin c untuk keperluan diri dan bayi. Tahukan ibu-ibu bahawa buah kiwi mempunyai vitamin c lebih tinggi daripada buah oren. sebiji buah kiwi seperti 3 biji buah oren. jadi cuba bayangkan betapa banyaknya vitamin c dalam buah kiwi. ketika hamil amat penting bagi ibu-ibu mengekalkan sistem imuniti dalam badan dan dengan adanya vitamin c yang cukup di dalam badan akan melawan bakteria. kajian juga mendapati jika buah kiwi dimakan bersama dengan zat besi akan membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain.
  2. mengandungi asid folik yang tinggi- seperti yang ibu-ibu sedia maklum pada awal kandungan atau sesiapa yang merancang mengandung biasanya digalakan mengambil asid folik. ini bertujuan untuk mengelakan kecacatan saraf bayi sewaktu kelahiranya. antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku adalah spina bifida iaitu penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. biasanya ia berlaku pada 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan. Buah kiwi mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. ianya juga adalah makan ideal bagi ibu-ibu mengandung.
  3. Mengurangkan sembelit- sewaktu mengandung ibu-ibu pasti mengalami sembelit. ini adalah kerana perubahan hormon. pengambilan makanan yang tinggi serat adalah penting untuk mengelakan sembelit. sebiji buah kiwi bersamaan seperti semangkuk bijirin.serat juga bagus mengumpul dan membuang toksin daripada kolon serta dapat mengelakan kanser usus.
  4. tidur nyenyak- biasanya pada awal kehamilan iaitu pada trimester yang pertama ibu-ibu pastinya mengalami masalah tidur. apa yang paling merisaukan hal ini akan berlarutan hingga diakhir kehamilan. kajian menunjukan bahawa pengambilan sebiji buah kiwi sebelum tido iaitu sejam sebelum tidur akan meningkatkan kualiti tidur ibu-ibu hamil. kandungan kalsium yang tinggi dalam buah kiwi akan menenangkandan menstabilkan perasaan seseorang ibu itu. ini adalah cara yang terbaik untuk ibu-ibu tidur dengan lena dan menghilangkan kerisauan tentang kesihatan ibu dan bayi.
  5. merendahkan tekanan darah- ketika hamil ada ibu-ibu yang pastinya mengalami peningkatan tekanan darah. jika tahap tekanan darah naik secara mendadak dan tidak dirawat ianya akan membahayakan diri ibu tersebut dan bayi. ini akan mendatangkan masalah diabetes. buah kiwi mengandungi potassium yang sngt tinggi berbanding pisang. potassium melawan efek garam (sodiun) bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.
jadi dengan sedikit fakta yang saya ingin kongsikan bersama ibu-ibu hamil ataupun ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, saya harap dapat dimanfaatkan. mungkin ada ibu-ibu yang tidak dapat memakan pil2 yang banyak, jadi bole digantikan dengan pengambilan buah kiwi. buah kiwi ini mengandungi banyakkk nutrien. sebiji buah kiwi mengandungi 60 kalori. memakan 2 biji buah kiwi yang bersaiz sederhana membekalkan ibu-ibu pelbagai nutrien yang dierlikan dalam gizi makanan. saya sendiri telah mengamalkan pemakan buah kiwi sebiji sehari kerana ini memberikan susu badan yang terbaik untuk anak. memang harganya mahal, tapi apalah nak dikira jika dibandingkan dengan khasiat yang terkandung dalam buah kiwi itu.

so itu saja yang saya ingin kongsikan buat masa ini.

ini adalah buah kiwi yang tinggal satu jer hiihihi...saya da makan banyak da...seminggu makan 4 biji...

puteri lindungan bulan: BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM

puteri lindungan bulan: BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM: "Hai semua....di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk meletakan susu perahan ibu-ibu sekalian... mungkin ada ibu-ibu yang baru nak belaj..."

puteri lindungan bulan: BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM

puteri lindungan bulan: BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM: "Hai semua....di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk meletakan susu perahan ibu-ibu sekalian... mungkin ada ibu-ibu yang baru nak belaj..."

BEKAS YANG SESUAI UNTUK MEYIMPAN EBM

Hai semua....di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk meletakan susu perahan ibu-ibu sekalian...
mungkin ada ibu-ibu yang baru nak belajar menyimpan susu yang telah diperah dan disimpan untuk buat stok...
ada pelbagai cara dan bekas untuk menyimpan susu perahan ibu. di sini saya konsikan beberapa tip untuk menyimpan susu perahan ibu.
pilihan yang terbaik untuk menyimpan susu perahan:

  1. mengunakan botol kaca atau bekas plastik yang berkualiti tinggi contohnya tupperware dan penutup yang kedap.
  2. bekas plastik yang bebas daripada BPA
  3. bekas plastik yang digunakan hendaklah dipanaskan dalam air panas,di cuci dengan bersih, dan dikeringkan sebelum guna
  4. jangan penuhkan bekas tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 1 inci untuk memberi ruang susu mengembang ketika di bekukan
  5. menggunakan bag plastik yang direka khas untuk menyimpan susu perahan ibu.
  6. masukkan 60-120 ml susu dalam setiap satu-satu bekas (mengikut keperluan bayi anda) ini untuk mengelakan pembaziran berlaku....mcm saya la bagi banyak sampai 5 OZ pas tu tak habis minum kena buang jer...sayanggg
tambahan:
penggunaan plastik bag sebenarnya tidak digalakan tapi oleh sebab peti ais pun 1 pintu jer jadi nak jimat ruang kena juga la...tapi jangan la guna sampai 2 3 kali...guna sekali jer okey ibu2...

antara kelemahan penggunaan bag plastik ni ialah
  • mudah bocor...heheheh saya da terkena benda ni sekali...maksudnya kena bagi 2 lapis plastik tu untuk elakkan bocor dan ikat kuat2.
  • ade sesetengah bag plastik bole merosakan nutrisi susu ibu jadi pilihlah yang BPA free ok ibu-ibu
  • pesan kepada penjaga atau pengasuh bayi kita supaya tidak merendam bag plastik yang mengandungi susu kedalam air panas, sila tuang ke dalam botol susu sebelum rendam ok kerana perbuatan ini bole merosakan kandungan nutrisi susu.
jika benda2 ini berlaku kena la buang susu tersebut dengan cara yang baik seperti buang ke pasu bunga...

cara penyimpanan susu perahan ibu amatlah penting kerana kita nak kekalkan nutrisi yang ada didalam susu ibu tersebut. sebelum ni pun saya menggunakan bekas dadih tapi hanya gunakan sekali sahaja. kemudian barulah saya gunakan bag plastik khas untuk simpan susu ibu. lagi menjimatkan ruang. saya juga membeli botol plastik khas untuk menyimpan susu ibu yang BPA free.

ok lah ibu-ibu sekalian....ini adalah ilmu yang sayan ingin kongsi bersama...





Ini adalah bekas-bekas yang saya guna untuk simpan susu perahan