rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Showing posts with label MAKAN MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN MAKAN. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

RESEPI KULUPIS.....

Okey entry kali ni aku nak kongsi juadah semasa raya baru ni....
biasanya masa hari raya pasti ada makanan kegemaran bagi satu satu keluarga kan....
macam kami kami suka makan kelupis....
kelupis ni terkenal di sabah....masa aku duduk kat kudat dulu pun kalu time raya mesti arwah nenek aku dan makcik-makcik buat kelupis ni pada malam takbir....sangat best masa itu.....-tiba tiba rindu kampung ku kudat- tanah tumpah darah ku.....

kami sekeluarga memang suka makan kelupis....
memang sedap....rasa die bkn mcm ketupat bukan mcm lemang....sebab kelupis ni tak keras n tak lembik sangat...tapi memang sedap la.....
kelupis nie di perbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan.....di masak separuh masak....kemudian di bungkus dengan daun pisang....kemudian baru di kukus hingga masak....
kulupis ni sedap di makan dengan kuah kari daging atau ayam....

ini adalah makan tradisi bagi orang sabah...
sama macam ketupat dan lemang...
kalau ada kat semenanjung nie aku tak tau apa nama die...
jadi sesiapa yang tau sila la bagitau....
aku ada juga la belajar buat kelupis ni dengan mak aku...
heheheheh...tapi kena perlahan lahan la belajar....

suami aku pun suka makan kelupis nie...
die first time makan kelupis nie...
sedap dia cakap.....



potong daun pisang

bersihkan daun pisang

ambik santan kelapa

masak beras pulut dengan santan separuh masuk

ambik 2 sudu pulut yg separuh masak







dah bungkus

sebelum masak

selepas masak

sedia di makan

sedia di makan dengan kari daging


so itu jer entry untuk kali ini...
nanti aku post lagi pasal hari raya....
bye.....

Saturday, August 13, 2011

RESEPI MAKARONI BAKAR

bawah....



-





-



bawah lagi....


-





-



okey...kali ni entry aku semua nak update pasal makanan...
hahahahha....
mula-mula makan orang dewasa la....

tetiba semalam aku nak makan makaroni bakar
so..aku belek2 la en google...
akhirnya dengan bantuan seorang sahabat nie aku dapat juga la
resepi MAKARONI BAKAR....
sedap ke makaroni bakar ni...
fffuuuuhhhh memang sedap aku suka makan....

jadi...mari dekat mari rapat
aku nak share resepi nya....

bahan-bahan
  1. makaroni elbow -ini yang paling utama kalau tak ada bukanlah namanya makaroni....kikiki
  2. daging atau ayam cincang
  3. sosej
  4. isi ketam
  5. bawang besar-2 biji-
  6. telur 8 biji
  7. rempah kari
  8. keju
  9. cendawan butang
  10. nenas
  11. minyak masak
  12. garam
  13. secukup rasa
cara-cara masak

  1. tuangkan setengan pek makaroni dalam bekas cuci pas tu rebus sampai kembang.
  2. sementara tunggu makaroni tu masak, hiris bawang besar
  3. potong sosej, isi ketam, cendawan butang,nenas, potong comei2 ok....
  4. panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan masukkan rempah kari,letak air sedikit goreng sampai naik bau wangi2 gitoo..
  5. kemudian masukan sosej,isi ketam,cendawan butang dan nenas.
  6. masukan makaroni dan goreng hingga rata. letakkan garam secukup rasa.
  7. pukul telur dalam bekas yang lain.
  8. sediakan loyang, sapu loyang dengan butter atau minyak.
  9. masukan makaroni kedalam loyang, selepas itu tuangkan telur diatas makaroni yang telah siap.
  10. taburkan keju diatasnya.
  11. kemudian barulah masukan makaroni kedalam oven.
  12. bakar dalam masa 50 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
ok dah siappp...tunggu untuk dihidang.
jadi kami berbuka puasa hanya makan makaroni goreng....
tukar selera.

suami aku yang baru 1st time makan dia sangat suka bertambah tambah dia makan...heheheheh

disini ada gambar gambar makaroni bakar...



rebus makaroni

toskan

nenas di potong dadu

cendawan butang, sosej,isi ketam dan bawang besar


rempah kari ditumis bersama bawang besar



bawah lagi...



-






-




taaadddddaaaa
dah siap




sangat mabelesss...rangup kat atas...


okey kawan-kawan bolehlah cuba resepi ini...
tak susah pun senang jer...


selamat mencubaa...!!!!


Thursday, August 11, 2011

BERBUKA APA HARI INI???

Salam kengkawan semua…

Hari ni dah 11 Ramadhan…

So macamana puasa kawan-kawan semua

Diharap semuanya berjalan lancar okey….

Dalam bulan puasa ni apa perkara yang selalu kita fikirkan..

Perkara yang selalu kita fikir adalah…

“APA NAK MAKAN BERBUKA NANTI????”

Hahahahahah…itulah antara persoalan yang selalu kita fikirkan..kan..kan

Termasuklah dengan aku…sampai tak tau nak masak ape dah…

Apa yang penting dalam menu aku mesti ada sup-sup supaya aku dapat tahan n air susu banyak…

Alhamdulillah susu masih maintain….

Dapat dalam 6 smpi 10 oz…

Tu la yang aku bawa balik hari-hari….

Setakat ni baru sekali kami g bazaar ramadhan…

Sekali hari tu g beli makan terkujat juga aku

Harga semua makanan aku beli RM22

Gila mahallll…boleh mkn seminggu…hahahahahaha

Jadi hari ni aku nak masak ape ekk…adoiii yaiii…pening kepala nak pk…

Jum pk sama2…..

Ok la itu jer nak tulis…

Esok-esok aku tulis lagi….

Tata titi tutu