entry kali ini aku nak berkongsi tentang breastfeed...
aku masih ingat lagi semasa aku dalam pantang ada orang cakap kat aku pasal susu badan nie. mereka cakap susu belah kiri nasi susu belah kanan air...aku iya kan sahaja...ini adalah mitos tentang susu ibu....dan faktanya adalah, kandungan nutrisi bagi kedua dua payudara adalah sama. tidak ada bezanya susu belah kanan atau kiri. oleh itu jika ibu ibu pam susu kanan dan kiri boleh dicampurkan.
dari apa yang aku baca susu ibu mempunyai 3 fasa:
- kolustrum merupakan peringkat pertama susu ibu yang berlaku dari penghujung kehamilan sehingga beberapa hari selepas bayi dilahirkan. ia pekat berbanding susu yang akan dilhasilkan diperingkat akhir dan berwarna kekuningan. kolustrum KAYA dengan protein, vitamin,mineral dan semua antibodi yang penting. antibodi ini akan melindungi bayi dari pelbagai jenis penyakit yang disebabkan kuman dari persekitaran bayi.
- susu perantaraan berlaku selepas peringkat dan berlaku kira-kira 2 minggu. susu ini mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yang membantu bayi mendapatkan semula berat badan yang hilang selepas dilahirkan.
- susu matang adalah susu terakhir yang dihasilkan. lebih kurang 90% adalah air bagi mengekalkan hodrasi bayi. 10 % merupakan karbohidrat, protein dan lemakuntuk keperluan pembesaran tubuh dan tenaga. terdapat dua jenis susu matang iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir).
jadual yang menunjukan perubahan dalam kompenan susu ibu dari kolustrum kepada susu matang klik sini.
perbezaan susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk)
foremilk:
agak cair dan dihasilkan oleh payudara yang penuh pada awal sesi penyusuan.
kurang lemak dan tinggi kabohidrat.
hindmilk:
susu yang lebih pekat.
dihasilkan di penghujung sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik baiknya.
walau bagaimanapun, payudara tidak akan benar benar kosong kerana penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.
ibu ibu sebaik baiknya meyusukan anak dengan kedua dua belah payu dara agar penghasilan susu pada kedua dua belah dapat dikekalkan pada tahap optimum. sekiranya ibu memerah susu, cara yang sama perlu dilakukan juga...
aku ada jumpa blog yang menerangkan tentang foremilk dan hindmilk....klik sini...
JADI LEPAS NI TAK PERLULAH RISAU KITA BOLEH CAMPUR KE TIDAK SUSU BELAH KANAN DENGAN KIRI. SEBAB KHASIATNYA MASIH SAMA.
kredit pa&ma
No comments:
Post a Comment