rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Saturday, October 8, 2011

*****KUTU KUTU KUTU****

salam semua...
kali ni saya nak tanya....pernah tak masa zaman kanak-kanak dulu, anda semua mengalami masalah kutu...heheheh...mungkin ada yang pernah rasa mungkin ada yang tak pernah rasa...
tapi kalau anda semua pernah rasa,pasti tahu,macamana rasa kegatalan kulit kepala kalau ada kutu.
kutu lazimnya mudah ditemui pada kepala kanak-kanak perempuan, ada juga pada kepala kanak-kanak lelaki. kutu sangat mudah berjangkit walaupun tidak boleh terbang atau melompat. kutu juga biasanya berjangkit dari seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain jika mereka bermain bersama dan tidur bersama. sebab tu kalau salah seorang dari adik beradik ada kutu yang lain pasti akan ada juga..

bagaimana rupa kutu???
kutu biasanya berwarna hitam kelabu dengan panjangnya 2.5milimeter. ianya sering ditemui di kulit kepala manusia. kutu ni makan kegemaran die darah. kutu ni boleh hidup 2 hari jer kalau dah jatuh dari kulit kepala. tempat yang paling kutu suka sembunyi ialah belakang telinga dan belakang tengkuk. orang tua tua cakap darah kat port tu manisss.....
kutu membiak dengan cepat. dalam masa sehari kutu betina boleh bertelur antara 6 hingga 8 kali. telur-telur kutu ni biasanya berada di pangkal akar rambut menyebabkan ia sukar dibuang. selepas 7 & 8 hari kutu akan menetas dan keluar dari kelongsong berwarna putih bersinar. Antara 10 hingga 14 hari selepas menetas, kutu mencapai dua hingaa empat mm panjang. biasanya umur kutu ni tak panjang, biasanya boleh hidup 32 hingga 35 hari.

*******************************************************************
simptom-simptom

  • rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
  • sentiasa bergaru hingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang telinga
  • bintik-bintik putih di rambut( telur kutu) yang melekat pada rambut.
  • nodus limfa yang bengkak di belakang telinga dalam keadaan yang teruk
  • dalam kes kes yang teruk jangkitan bakteria sekundermungkin berlakupada kawasan kulityang pecah akibat digaru dengan kuat.


CARA MENGATASI
  • Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala
  • keringkan rambut dengan sempurna. kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi haluss..
  • periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu.
4 PERATURAN UTAMA YANG HARUS DIINGAT APABILA GUNA UBAT KUTU
  1. JANGAN GUNA JUMLAH YANG LEBIH DARI YANG DISARANKAN
  2. JANGAN RAWAT KANAK KANAK MENGHADAPI MASALAH KUTU LEBIH DARI DUA KALI DENGAN UBAT YANNG SAMA.
  3. JANGAN GUNAKAN UBAT KUTU YANG BERLAINAN JENAMS.
  4. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR JIKA MASIH GAGAL MERAWAT MASALAH KUTU.
Cara Pencegahan...
  • elakkan dari berkongsi berus, sikat , aksesori rambut dan sebagainya
  • elakkan dari berkongsi tuala.
  • jangan menghantar anak-anak yang dijangkiti kutu ke sekolah hingga mereka telah dirawat sepenuhnya.
masa kami adik beradik kecik2 dulu, kalau ada kutu habislah kepala kami, apa tidaknya mak akam sikat rambut kami dengan sikat kutu yang kaler merah tu, memang sakitlah kulit kepala kalau mak dah cari kutu tu....sebab tu masa kami kecik dulu rambut tak panjang semua pendek2...hahahhhahaah
lepas tu mak aku cakap kalau ada kutu kat kepala nanti kutu tu bawa kami terbang masuk hutan.heheheheheh.....
tapi kalau ada kutu memang sangattttt gataaallll....eeeeeeeee
jadi lepas ni kita pula jaga rambut anak kita jangan sampai ada kutu...




No comments:

Post a Comment