rahmatilah kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ecah

Lilypie Third Birthday tickers

adam qaiser

Lilypie First Birthday tickers

SI cHuuuuMILLL

Monday, April 16, 2012

APAKAH SEBABNYA BAYI ANDA MENANGIS?

APAKAH SEBABNYA BAYI ANDA MENANGIS?
============================

Semua bayi akan menangis…Cuma bezanya pada masa. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis iaitu sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Ini disebabkan mereka tidak dapat membuat apa-apa untuk diri sendiri, dan mereka hanya bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, melegakan kepanasan dan memberi keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara mereka memberitahu salah satu daripada keperluan tersebut.

Bagi yang baru menjadi ibu & bapa, dah tentu ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi anda…Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Pada peringkat awal, tangisan bayi anda ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan setelah anda lebih mengenali cara tangisannya, anda akan dapat mendahului keperluannya.

So….Jom kita lihat apakah antara sebab bayi kita menangis…Jadi, bolehlah kita get ready apa yang perlu dibuat bila baby kita menangis kan.…

1- Saya Perlukan Makanan
*******************
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Jika bayi anda masih di bawah 6 bulan, susukanlah bayi anda sekerap yang mungkin…Dan jika, setelah diberi susu, bayi anda masih menangis, anda perlu lihat faktor yang seterusnya…

2- Saya Perlukan Keselesaan
********************
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal dan pedih. Jadi, periksalah lampin @ pampers bayi anda..Dan pastikan ianya tak terlalu ketat…Begitu juga dengan baju mereka yer…

3- Saya Perlu Nyaman dan Selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
************************************************
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

4- Saya Perlu Dipeluk
****************
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadikannya selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, dan dia masih menangis..maka sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia. Dan ingatlah..bayi anda akan berasa amat selesa bila dia berada dekat dengan bunyi degupan jantung anda..Kerana bunyi itulah yang menemani mereka sepanjang 9 bulan di dalam perut..

5- Saya Perlukan Rehat
******************
Perkara ini mungkin berlaku apabila anda telah dikunjungi oleh ramai rakan-rakan ataupun mungkin hari itu hari yang sibuk seperti hari raya ataupun majlis kenduri perkahwinan…Pada mulanya, munkin bayi anda gembira dengan keadaan yang baru untuk mereka..bertemu dengan ramai orang, mendengar pelbagai bunyi, melihat pelbagai suasana…Namun, setelah beberapa lama, bayi anda akan mula merasa gelisah..Ini kerana, bayi sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa contohnya cahaya lampu, bunyi bising dan di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain. Mungkin anda perasan yang bayi anda akan menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus akan tidur. Jadi…berikanlah rehat yang secukupnya kepada bayi anda…

6- Saya Perlukan Sesuatu Yang Buat Saya Rasa Lebih Sejahtera
**********************************************
Jika anda telah beri bayi anda makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, mungkin bayi anda sedang mengalami kesakitan..Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda dengan baik kecuali anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Bawalah bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan muntah-muntah, cirit-birit dan sembelit.



7- Saya Perlukan Sesuatu, Tapi Saya Tak Tahu Apa Yang Saya Nak
***********************************************
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalah bayi anda apabila dia menangis. Ramai bayi yang baru lahir melalui masa-masa dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Emosi yang tidak gembira boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa.. Tangisan yang tak berhenti-henti ada kalanya disebabkan oleh kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.


**Jadi...cuba kenali apakah sebabnya bayi anda menangis...**




2 comments:

  1. thanks put3, info yg sangat berguna.. :)

    ReplyDelete
  2. Titanium Bands - TITNA - TITNA by TOTO - TOTO
    Download TOTO Bands - TITNA for iOS and Android. TOTO titanium wood stoves - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO titanium quartz crystal - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - titanium dioxide formula TOTO - TOTO - titanium earrings sensitive ears TOTO - TOTO - is titanium lighter than aluminum TOTO - TOTO.

    ReplyDelete